suria

Sukan berkuda buat Idzham Ismail tenang, pasang impian bertanding di Paris dan Dubai

Idzham pasang impian mahu bertanding menunggang kuda di luar negara suatu hari nanti.

RAMAI mengetahui selain berlakon, aktor Idzham Ismail bergiat aktif dalam sukan berkuda apabila tidak mempunyai sebarang komitmen di lokasi penggambaran.

Namun minat itu bukan sekadar hobi sebaliknya kata Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, dia serius malah memasang impian menyertai pertandingan di luar negara suatu hari nanti.

Katanya, kos menyertai pertandingan sukan berkuda tidak murah malah boleh mencecah ratusan ribu ringgit di luar negara.

size NP 1 - 2024-09-07T100544.651

Idzham mula serius dalam sukan menunggang kuda pada 2023.

"Saya ada pasang impian nak masuk pertandingan menunggang kuda di Perancis atau Dubai.

"Modal nak masuk pertandingan di Dubai menurut kenalan saya memang besar. Insya-Allah kalau ada tajaan memang saya nak masuk.

"Tapi itu perancangan saya untuk tiga atau empat tahun akan datang dan buat masa sekarang saya fokus berlatih," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Muka tak layak jadi hero, sesuai bawa watak penyangak... Idzham Ismail hampir ‘give up’, terfikir tinggalkan dunia lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail izin isteri kerja pramugari semula, letak syarat jangan lupa tanggungjawab terhadap keluarga

Bercerita mengenai minatnya itu, Idzham memberitahu ia bermula ketika negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekitar tiga tahun lalu.

Daripada suka-suka dan ingin mencuba, Idzham mula serius pada tahun lalu malah pernah menyertai sebuah pertandingan berkuda di Terengganu.

Saya ada pasang impian nak masuk pertandingan menunggang kuda sampai ke Paris atau Dubai.

IDZHAM ISMAIL

PELAKON

"Daripada minat terus jadi serius dan tahun lalu saya sempat menyertai pertandingan di Terengganu iaitu maraton menunggang kuda sejauh 40 kilometer.

“Cabaran hobi ini pada proses belajar tu sendiri, apabila sudah mahir dengan teknik menunggang dan mengawal kuda, barulah saya berani masuk pertandingan," jelasnya.

size NP 1 - 2024-09-07T100519.019

Menunggang kuda adalah satu terapi buat Idzham.

Sementara itu, Idzham berkata, sukan berkuda membuatkan dia berasa tenang seolah-olah setiap masalah dihadapi boleh diselesaikan.

"Kalau rasa tertekan sampai tahap kewarasan nak 'hilang' memang kena tunggang kuda dan Alhamdulillah keadaan akan jadi lebih baik.

"Hendak pula waktu itu keadaan kewangan tidak begitu baik tetapi ajaibnya sukan ini menenangkan saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain