DEMI memenuhi permintaan peminat, penyanyi Mawi sanggup membotakkan kepala sempena penganjuran konsert solonya tahun depan. Bagi Mawi atau Asmawi Ani, 43, ini merupakan satu pengorbanan buat peminat yang mula mengenalinya dengan penampilan berkenaan sebelum ini. “Botak ini dah sinonim dengan saya. Jadi untuk konsert ini saya berkorban sedikit,” katanya kepada media. Mawi mendedahkan anak-anaknya tidak pernah melihat imejnya berambut botak. Mawi menggunting rambut panjangnya secara langsung semasa sidang media Konsert TsuMawi 20 Tahun yang berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Selasa. Berkongsi perasaan ketika acara tersebut, penyanyi ini turut meluahkan rasa sedih kerana anaknya tidak pernah melihat imejnya berambut botak Malah anaknya Cahaya Malaikha, 14, dilihat menangis ketika sama-sama menyaksikan detik tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Mawi tak tolak rezeki, 'job' menyanyi di majlis kahwin pun terima ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga atas talian tergamak fitnah rumah tangga bergolak demi pancing pembeli, Mawi dan Ekin mahu ambil tindakan "Perasaan saya lepas botak dah digambarkan oleh anak saya tadi. "Anak tak pernah tengok saya botak. Jadi, dia tak nak saya botak. Kalau isteri pula, dia tiada masalah,” ujarnya. Ketika mula tampil sebagai penyanyi menerusi program Akademi Fantasia musim ketiga pada tahun 2005, Mawi cukup terkenal dengan imej berambut botak. Botak ini dah sinonim dengan saya. Jadi untuk konsert ini saya berkorban sedikit. MAWI PENYANYI Dia kemudian menyimpan rambut untuk watak dalam filem Munafik arahan Syamsul Yusof pada 2017. “Sejak filem itu saya mula simpan rambut. Dalam hidup saya ini banyak yang tak sengaja. Jadi tak sangka pula tersimpan rambut panjang,” jelasnya. Konsert TsuMawi World Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 25 Januari 2025 bertempat di Mega Arena Star, Kuala Lumpur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!