TATKALA sibuk menguruskan perniagaan, pelakon Shakilla Khoriri tersentuh apabila anaknya iaitu Ameena Sofia begitu memahami melihat pengorbanan dan penat lelahnya dalam mencari rezeki. Meskipun sedang minggu cuti persekolahan, Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata Ameena sanggup bangun pagi untuk menemani dan membantunya di kedai. "Budak kecil ni (Ameena) cuti sekolah masih bangun awal. Semalam saya cakap, esok Umi (panggilan Shakilla) pergi kedai sebab ada banyak kerja nak buat. Shakilla mahu memberikan kebahagiaan buat Ameena (kanan). "Dia (Ameena) pun cakap, saya juga. Saya kena pergi kedai juga untuk tolong Umi. Kasihanlah Umi. "Hari ini (Selasa) dia tengok pekerja saya tinggal seorang, dia kata tak mengapalah Umi, Allah ada tolong Umi buat kerja," katanya. Shakilla berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada pagi Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tepi rasa penat, Shakilla Khoriri gigih jual sambal demi anak... Berhabis wang simpanan buat modal niaga ARTIKEL BERKAITAN: Separuh nyawa angkat 64 kotak, Shakilla Khoriri terkejut dapat botol isi minyak gamat - "Nak tercabut jahitan pembedahan aku" Dalam pada itu, Shakilla turut memanjatkan doa memohon kepada Allah SWT agar dia diberikan kesempatan dapat memberikan kebahagiaan buat anak tunggalnya itu. "Tak ada kebaikan dari saya, tapi kalau ada satu kebaikan saya minta Allah murahkan rezeki saya untuk bahagiakan anak solehah seorang ini. "Manusia datang dan pergi, tak mengapa. Itulah kehidupan kita. Tak semua lancar seperti yang kita rancang," ujarnya. Untuk info, Shakilla kini giat mengusahakan perniagaan produk Garlic Chilli Oil sejak beberapa bulan lalu. Ketika ditemu bual mStar, pelakon drama Suri Hati ini memberitahu dia tidak menyangka dapat membuka sebuah kedai yang juga menjadi tempat pemprosesan makanan berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!