suria

Nabila Huda seronok kerja dengan Kasih Leona, sporting menari TikTok… “Dia bijak, bukan budak bimbo”

Nabila seronok dapat mengenali Leona (kiri).

MUNCUL bersama dalam beberapa video di aplikasi TikTok, pelakon Nabila Huda berkata dia seronok dapat mengenali personaliti media sosial, Kasih Iris Leona.

Bekerjasama dalam satu program realiti lawak, Nabila, 40, berkata dia tidak keberatan melayan permintaan Leona yang sering mengajaknya untuk menghasilkan video tarian itu.

“Kelakar dan seronok kerja dengan Leona. Dia seorang yang baik dan saya jadi kawan dia waktu di set penggambaran.

bella2 - 1

Nabila seronok bekerjasama dengan Leona.

“Saya layankan sahaja kerenah dia. Saya suka layan dia, saya pun rindu anak saya waktu itu,” katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu pada sidang media Filem Gayong di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, Nabila menyifatkan Leona seorang gadis yang bijak disebalik personaliti gila-gilanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda malas nak jumpa orang, tiada mood sejak kebelakangan ini... Tengok media sosial pun rasa mual

ARTIKEL BERKAITAN: Leona makin langsing! ‘Double chin’ hilang sebab suntikan, upah jurulatih peribadi kuruskan badan

“Dia (Leona) bijak bukan budak bimbo, Leona sangat pandai cuma karakter dia sahaja bubbly dan anak manja,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran bersama, Nabila berkata dia pernah memarahi Leona di set, namun anak kepada Azhar Sulaiman itu segera memohon maaf atas kesilapannya.

“Dia takut dengan saya, pernah sekali saya jerit kat dia suruh diam kemudian dia minta maaf. Dia takut terus tutup kedai.

“Kemudian bila ada perbincangan post-mortem dia mengaku kesilapan dia,” katanya.

bella1 - 1

Nabila seronok merakamkan video tarian bersama Leona.

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membintangi filem Gayong yang akan memulakan penggambaran 5 Oktober depan.

Selain Nabila, filem Gayong turut menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian.

Filem itu dijangka menemui penonton pada Mei tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain