suria

Anna Jobling makin laris di Indonesia, terima tiga lagi tawaran filem selepas ‘Lembayung’

Anna terima lebih banyak tawaran berlakon Indonesia.

PEMBABITAN sulung dalam filem Indonesia berjudul Lembayung telah membuka lebih banyak peluang buat pelakon Anna Jobling apabila dia menerima tiga tawaran daripada produksi di negara berkenaan.

Mula berulang-alik Kuala Lumpur dan Jakarta, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, melihat perkara itu sebagai langkah baik untuk dia terus mengembangkan kerjaya seni di peringkat antarabangsa.

"Tidak menyangka akan menerima tawaran filem daripada tiga produksi berbeza di Indonesia. Ini adalah peluang besar untuk saya kembangkan bakat dan karier.

anna jobling 2

Anna diterima baik dalam kalangan peminat.

"Ini adalah fasa baharu dalam karier dan saya akan terus bekerja keras mencapai kejayaan yang lebih besar.

"Saya sangat terharu dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia," katanya.

Bukan hanya diterima baik dalam kalangan penerbit, malah kehadiran Anna juga disambut meriah oleh peminat yang sudah mula mengenali namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sehari buat uji bakat, Baim Wong pilih Anna Jobling berlakon filem ‘Lembayung‘

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling tiada masalah jadi duyung, rupanya atlet renang pernah wakil Selangor - “Skill masih ada”

Bahkan ketika hadir pada tayangan perdana filem Lembayung itu, dia juga turut meluahkan rasa terharu apabila dapat bertemu barisan pelakon hebat yang banyak memberi inspirasi kepada dirinya.

"Pemain industri di sini sangat profesional dan peminat pula sangat penyayang. Mereka sangat menghargai saya. Rasa sangat gembira dan bersyukur.

"Bertemu dengan nama-nama besar seperti Christine Hakim dan Prilly Latuconsina adalah satu penghormatan buat saya. Saya sangat terinspirasi dengan dedikasi mereka terhadap industri ini," ujarnya.

Ini adalah fasa baharu dalam karier dan saya akan terus bekerja keras mencapai kejayaan yang lebih besar

ANNA JOBLING

PELAKON

Bercakap lanjut tentang filem berkenaan, Anna memberitahu pengarahnya iaitu Baim Wong juga bertindak sebagai mentor sekali gus membantu membuka pintu rezeki kerjaya di sana.

"Baim seorang mentor yang banyak membantu. Saya berterima kasih kepadanya kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam projek yang besar seperti ini.

anna jobling 3

Baim (kiri) banyak membantu Anna dalam filem Lembayung.

"Beliau benar-benar membantu membuka pintu rezeki untuk saya di Indonesia," luahnya.

Filem genre seram itu mula ditayangkan di pawagam Indonesia bermula 18 September.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain