HAMPIR enam tahun hidup berasingan, pelakon Dottie ada alasan sendiri tidak mendedahkan kemelut rumah tangga bersama suami iaitu Mohd Haffis Abus Hassan. Malah bagi Dottie atau Nor Syuhaida Abd Razak, 36, apa yang berlaku terlalu sukar dijelaskan untuk pengetahuan umum. “Saya tak jawab tentang hal sini sebab sudah enam tahun hidup sendiri. Kami berpisah tetapi tidak rasmi dari segi dokumen atau lafaz. Dottie sudah enam tahun hidup berasingan dengan suami. “Orang tak perlu tahu sebab rumit kes saya ini. Saya mengaku silap kerana sebelum ini tidak menafikan atau mengiyakan sudah bercerai,” katanya kepada mStar. Dottie ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada Khamis bagi keputusan Jawatan Kuasa Pendamai membabitkan kes cerai dia dan suami. Pelakon ini juga lebih selesa untuk tidak berkongsi perselisihan faham antara mereka sehingga membawa kepada penceraian. ARTIKEL BERKAITAN: "Belajar untuk terima dan sayang diri sendiri dulu" - Dottie ARTIKEL BERKAITAN: "Baju pasar malam pun saya pakai" - Dottie kongsi tip cari baju cantik untuk saiz besar “Saya tak harap orang lain faham situasi ini kerana saya sahaja yang alami dan lalui. Saya juga tidak mahu buka aib sesiapa. “Punca kami berpisah adalah terlalu peribadi. Saya ada buat salah, dia juga ada buat salah,” ujarnya. Dalam masa sama, Dottie juga berharap kemelut antara mereka berdua mendapat keputusan terbaik untuk semua pihak. “Saya okey sahaja. Selama ini pun hidup dengan keluarga dan rakan-rakan. Semoga semua berjalan lancar. Dottie enggan membuka aib sesiapa. “Jalan damai tidak semestinya perlu berbaik,” jelasnya. Untuk rekod Dottie dan Haffis bernikah pada 25 Disember 2016. Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata bersama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!