suria

Asyik jadi anak orang kaya, Hafreez Adam teringin bawa watak jahat... Sanggup ubah penampilan jika diminta

Hafreez mahu cabar diri melakonkan watak antagonis.

SERING membawakan watak lelaki baik, pelakon Hafreez Adam berharap karakter tersebut tidak terus melekat pada dirinya.

Mahukan kelainan, Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, berharap dia diberikan peluang untuk membawa watak antagonis sekaligus keluar daripada zon selesa.

"Pelakon dekat Malaysia ini senang kena stereotaip. Sebelum ini saya banyak bawak watak budak baik dan anak orang kaya.

hafreez2 - 1

Hafreez enggan dilabel watak baik.

"Itulah saya sepanjang lapan tahun, nak dapat watak jahat sangat-sangat susah. Kadang saya sendiri yang kena tawar diri untuk bawak watak antagonis.

"Itupun tak semua produksi boleh bagi, sebab mereka tak nampak yang saya boleh bawa watak lain," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hafreez berpendapat dia tidak akan akan mampu memperbaiki mutu lakonannya sekiranya diberi watak yang sama berulang kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis senior kerja lebih masa, pandu kereta sendirian ke lokasi penggambaran... Hafreez Adam bimbang keselamatan mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Melukis beri kepuasan kepada Hafreez Adam, tak sangka ramai berminat buat tempahan sehingga jana pendapatan

Justeru itu, dia kini lebih berhati-hati dalam menerima tawaran kerana mahu mencari karakter yang mampu mencabar dirinya sebagai pelakon.

"Saya rasa kalau saya tak keluar daripada zon selesa saya, saya tak dapat berkembang kerana selalu lakonkan watak yang sama setiap masa.

"Saya cuba perlahankan terima tawaran watak-watak yang sudah terlalu biasa. Saya cuba memilih watak yang di luar zon selesa saya," jelasnya.

hafreez1 - 1

Hafreez sanggup ubah penampilan untuk watak.

Bagi Hafreez, dia terbuka untuk mengubah penampilannya demi memenuhi tuntutan watak selagi ia mampu memberi impak positif kepada lakonannya.

"Saya tak kisah untuk ubah penampilan demi watak, kalau dia minta saya warnakan rambut atau cengkungkan wajah. Saya sanggup buat mengikut tuntutan watak.

"Asalkan karakter tersebut mampu memberi kesan kepada sesiapa yang tonton lakonan saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain