suria

“I miss you” - Bunga Citra Lestari luah rindu, titip ucapan sempena ulang tahun kelahiran arwah Ashraf Sinclair

Bunga mengingati ulang tahun kelahiran Allahyarham Ashraf (kiri).

SUDAH empat tahun pemergian aktor Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari dilihat tidak pernah lupa untuk menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran arwah suaminya itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Bunga, 41, meluahkan rasa rindu terhadap arwah dan mengucapkan terima kasih kerana telah meninggalkan banyak kenangan indah sepanjang mereka hidup bersama.

"Apa yang saya boleh cakap adalah terima kasih. Terima kasih untuk segala momen terindah, semua kesusahan yang kita lalui, kegembiraan, tawa dan tangisan yang kita kongsi.

Bunga merindui momen terindah bersama Ashraf (kanan).

Bunga merindui momen terindah bersama Ashraf (kanan).

"Terima kasih untuk semua memori kita bersama. Awak (Ashraf) sangat bermakna untuk saya dan semua yang menyayangi awak.

"Semoga awak dapat meraikan ulang tahun kelahiran yang indah 'di sana' (syurga). Saya rindu awak," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 12 Tahun Terindah ini memberitahu dia menyimpan banyak cerita untuk dikongsi bersama Ashraf namun tidak tahu bagaimana cara untuk meluahkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta tak pernah pudar, Bunga Citra Lestari bawa suami ziarah pusara Ashraf Sinclair

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari sudah berbincang dengan keluarga Ashraf sebelum buang nama Sinclair di IG

"Saya sebenarnya begitu banyak kata ingin diucapkan, terlalu banyak cerita untuk dikongsi tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya," ujarnya.

Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 14 tahun.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Pada 2 Disember tahun lalu, Bunga bertemu jodoh dengan Tiko selepas tiga tahun dan pasangan itu disatukan sebagai suami isteri di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Selain kaum keluarga dan sahabat handai, keluarga Ashraf turut hadir ke majlis tersebut malah merestui perkahwinan Bunga dan Tiko.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain