suria

Didie Alias, Riena Diana dan Haniff hos ABP… Ini senarai 36 artis terima undian tertinggi

Gandingan Riena, Didie dan Haniff akan menghidup malam kemuncak ABPBH36.

TEKA-TEKI siapakah yang bakal mengacarakan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang bersiaran pada 11 Oktober depan akhirnya terjawab.

Malam kemuncak yang akan berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam itu menyaksikan pelawak Didie Alias bergandingan bersama dua lagi rakan pengacara iaitu Riena Diana dan Haniff Hamzah.

abp 3

Anda selebriti yang menjadi calon ABPBH36.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan menyaksikan saingan sengit membabitkan semua pencalonan.

16 kategori utama yang bakal dipertandingkan itu ialah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular, Aktor Filem Popular dan Aktres Filem Popular.

Selain itu, Aktor Pembantu Filem Popular, Aktres Pembantu Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Aktor Pembantu TV Popular, Aktres Pembantu TV Popularc Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori Ekstra Tonton Paling Popular iaitu Couple Drama Popular, Couple Filem Popular, Watak Antagonis Drama Popular, Lagu Paling Boom Popular dan Artis Sensasi Popular.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa ramal Bell Ngasri dan 2 lagi nama bawa pulang trofi Bintang Paling Popular

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad kekal tenang, tak melatah netizen petik nama bakal disaman ‘Abang Bas’

Dalam pada itu, ABPBH36 membawa semula anugerah khas, iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk menghargai jasa dan sumbangan legenda seni dalam pembangunan industri.

Pemenang Bintang Paling Popular bakal membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang ditaja oleh Conboq.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan semasa malam kemuncak ialah Hazama, Ernie Zakri, Zamani, Marsha Milan, MK, Kumpulan Spider, Haqiem Rusli dan Shiha Zikir.

abp 2

Malam kemuncak ABPBH36 bakal berlangsung pada 11 Oktober.

Kelainan untuk edisi kali ini, penganjur turut menyenaraikan 36 selebriti yang mendahului undian peminat.

Malam Kemuncak ABPBH36 disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton pada pukul 9 malam, 11 Oktober depan.

Penjualan tiket secara digital bermula pada 12 September lalu sehingga 10 Oktober ini.

INI SENARAI 36 ARTIS MENDAHULUI UNDIAN SETAKAT INI:

1. Aedy Ashraf

2. Aina Abdul

3. Alif Hadi

4. Alif Satar

5. Amir Masdi

6. Anna Jobling

7. Bella Hanna

8. DJ Sonic

9. Dolla

10. Ernie Zakri

11. Erysha Emyra

12. Elly Mazlein

13. Ezzanie Jasny

14. Fahmi Rahmat

15. Haqiem Rusli

16. Harissa Adlynn

17. Hisyam Hamid

18. Hun Haqeem

19. Isyariana

20. Janna Nick

21. Joey Daud

22. Khai Bahar

23. Khairy Jamaluddin (KJ)

24. Meerqeen

25. Nadhir Nasar

26. Putera Muhammad

27. Puteri Sarah Liyana

28. Raja Azura

29. Raja Ema

30. Kumpulan Senario

31. Shah Iskandar

32. Siti Khadijah Halim

33. Siti Nordiana

34. Sophia Albarakbah

35. Syafiq Kyle

36. Tyzo

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain