suria

Komposer Ooi Eow Jin meninggal dunia pada usia 86 tahun

Eow Jin meninggal dunia pada usianya sudah mencapai 86 tahun.

KOMPOSER terkenal Datuk Ooi Eow Jin dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Berita pemergian komposer berusia 86 tahun itu disahkan oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) iaitu Datuk DJ Dave yang menerima maklumat tersebut daripada isteri mendiang iaitu Datin Khaw Lean Kee.

"Saya menerima panggilan daripada Lean Kee yang mengatakan suaminya Eow Jin baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur.

size NP 1 - 2024-09-18T180216.997

Berita pemergian Eow Jin disahkan oleh isterinya.

"Isterinya memaklumkan Eow Jin meninggal dunia pada pukul 3.30 petang," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Dave atau Irwan Shah Abdullah, 76, menyifatkan pemergian komposer itu merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik tempatan.

"Mendiang banyak berjasa dalam dunia muzik di negara kita, jadi pemergian dia merupakan satu kehilangan besar," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Komposer Ooi Eow Jin dan anak terlantar di hospital akibat Covid-19, keadaan kesihatan semakin merosot

ARTIKEL BERKAITAN: Karyawan Capai Sasaran Kutip RM40,000 Bantu Ooi Eow Jin

Berita pemergian Eow Jin turut dihebahkan menerusi semua platform media sosial YKAT.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan takziah dan mendoakan urusan pengebumian mendiang dipermudahkan.

"Takziah buat seluruh ahli keluarga. Insan seni yang berbakat besar.

"Semoga keluarga tabah hadapi dugaan kehilangan mendiang dan urusan seterusnya dipermudahkan," tulis netizen.

size NP 1 - 2024-09-18T180227.262

Eow Jin menghidap penyakit Alzheimer sejak tahun 2015.

Sejak tahun 2015, Eow Jin dilaporkan menghidap penyakit Alzheimer.

Eow Jin pernah menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi popular tanah air antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk M Nasir, Alleycats dan Rahimah Rahim.

Komposer itu juga pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di TV3 dan mencipta beberapa lagu antaranya, gerimis Di Lautan, Lagu Untukmu, Masa Berlalu, Dia Ibuku dan Hati Yang Rapuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain