PELAKON Rozita Che Wan mahu individu yang membuat jenaka berbaur seksual terhadap anaknya iaitu Aaisyah Dhia Rana tampil membuat permohonan maaf. Rozita atau mesra disapa Che Ta, 51, berkata, perkara itu tidak boleh dipandang remeh dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan anak perempuannya itu. Kata Che Ta, komen biadap dibuat sudah mengguris hati Aaisyah dan sebagai ibu dia turut terasa tempiasnya. "Saya sebagai ibu kena melindungi anak saya. Jenaka seksual terhadap kanak-kanak bukan perkara main-main. Saya menuntut permohonan maaf daripada mereka. Rozita mahu melindungi Aaisyah (kiri) daripada komen tidak sopan netizen. "Bayangkan betapa terluka hati anak saya apabila membaca tulisan-tulisan yang terlampau biadap. "Saya menuntut di atas apa yang saya dan anak rasa," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Che Ta memberitahu dia sudah pun membuat laporan polis pada Khamis lalu di Balai Polis Kota Damansara dekat Petaling Jaya, Selangor. Pelakon drama Kiah Perkasam ini juga turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi melaporkan isu sama. ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan hilang sabar, bengang anak dihina berpakaian seperti pelacur - "Baik awak benam diri dalam tanah" ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta pantang orang sendawa masa makan, terus 'sound' kalau berlaku depan mata Tegas Rozita, tindakannya itu untuk memberi pengajaran kepada netizen agar tidak sewenang-wenangnya menulis komen tidak sopan terutamanya terhadap kanak-kanak. "Saya sudah pun buat laporan polis dan SKMM terhadap beberapa individu yang terbabit ditemani peguam. "Surat saman terhadap mereka akan menyusul. Walaupun ada yang sudah nyahaktifkan akaun itu tidak menjadi masalah. "Tujuan saya mengambil tindakan ini adalah untuk mendidik pengguna media sosial supaya jadi lebih berhemah dan berfikir sebelum menulis komen atau membuat sebarang hantaran," ujarnya. Rozita menasihati pengguna media sosial agar lebih peka terhadap komen yang ditulis kerana isu-isu melibatkan kanak-kanak tidak boleh dibuat sebagai gurauan. "Pengguna media sosial di Malaysia ini perlu jadi cerdik dan jangan sewenang-wenangnya nak komen. Rozita membuat laporan polis pada Khamis lalu. "Bukan semua benda boleh jadi gurauan. Isu-isu melibatkan kanak-kanak, maruah wanita atau agama kena buka akal sebelum menulis komen," katanya. Sebelum ini, Rozita meluahkan rasa bengang selepas seorang netizen dikatakan menghina Aaisyah dengan menyamakan baju dipakai seperti pelacur dan tidak layak menerima wang hantaran tinggi. Komen tersebut muncul selepas sebuah akaun TikTok memuat naik video Aaisyah dengan kapsyen yang mengundang salah faham netizen. Dalam video berkenaan, Rozita meminta agar Aaisyah mempelajari selok-belok kerja rumah dan berseloroh mendapat wang hantaran tinggi berjumlah RM900,000. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!