suria

Didie Alias bukan dengki dengan Anna Jobling, geram kredibiliti pelawak wanita dipinggirkan sebagai juri 

Didie tidak iri hati dengan perlantikan Anna sebagai salah seorang juri MLS4.

PELAWAK dan pengacara Didie Alias tidak pernah berasa iri hati dengan pelakon Anna Jobling yang terpilih sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).

Sebaliknya Didie atau Fadzilah Mohd Ali, 52, berkata, mengapa pihak produksi program tersebut tidak melantik pelawak wanita untuk mengadili kesemua peserta.

"Saya tak dengki... Meletakkan Anna sebagai salah seorang juri saya tiada masalah sebab untuk nilai komersial dan rating.

"Tapi apa guna saya pernah dapat trofi Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna yang dianjurkan stesen berkenaan tapi tak pernah berada di kerusi juri.

size NP 1 - 2024-09-20T143308.618

Didie persoal kenapa tiada pelawak wanita di barisan juri MLS4.

"Tak salah rasanya letak seorang juri daaripada barisan otai pelawak wanita untuk digandingkan dengan Saiful Apek dan Harith Iskander," katanya kepada mStar.

Ini kerana kata Didie, sejak dahulu kebanyakan juri program lawak majoritinya hanya mengambil pelawak lelaki.

Kata Didie, jika bukan dirinya masih banyak pelawak wanita yang mempunyai ilmu untuk dikongsikan kepada peserta.

ARTIKEL BERKAITAN: Reman 6 hari pengajaran hidup, Alif Teega dan Aisyah Hijanah puji layanan SPRM - “Sakit sikit pun dibawa ke klinik”

ARTIKEL BERKAITAN: Reman Alif Teega dan Aisyah Hijanah disambung 3 hari lagi

"Semua juri lelaki daripada dulu sampai sekarang, kenapa tak letak pelawak wanita untuk berada di kerusi juri?

"Bukan saya pun, kita ada Raja Azura, Sharifah Shahira, Rosnah Mat Aris, Jihan Muse, Sheila Rusly dan ramai lagi.

Saya tak dengki... Meletakkan Anna sebagai salah seorang juri saya tiada masalah sebab untuk nilai komersial dan rating.

DIDIE ALIAS

PELAWAK DAN PENGACARA

"Kita nak orang berilmu beri komen dan bila pelawak jadi juri, mereka tahu nak baiki persembahan peserta untuk buat lebih bagus," jelasnya.

Dalam pada itu, Didie berkata dia terpaksa lantang bersuara kerana merasakan tiada pihak yang mahu memartabatkan pelawak wanita.

"Kena lantang bersuara sebab siapa yang nak mewakili pelawak Wanita? Takkan nak meminta-minta pada pihak produksi, memang taklah!," ujarnya.

size NP 1 - 2024-09-20T143209.370

Selain Anna, barisan juri MLS4 ialah Apek dan Harith.

Sebelum ini, Didie meluahkan rasa kurang senang apabila Anna terpilih menjadi juri program tersebut.

Perkara itu dikongsikan Didie di ruang komen sebuah akaun media sosial kerana kurang bersetuju dengan pemilihan yang dibuat oleh pihak stesen televisyen.

MLS4 bakal bersiaran bermula 22 September ini menerusi saluran Astro Warna dan dikendalikan oleh pengacara Datuk AC Mizal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain