suria

Shiha Zikir gagal kawal sikap panas baran, pernah terbalik meja di kedai makan... Isu remeh pun boleh ‘trigger’ kemarahan

Shiha memberitahu perkara kecil boleh menimbulkan kemarahannya.

RAMAI mungkin sudah terbiasa melihat personaliti ceria dan lucu Shiha Zikir namun penyanyi itu mendedahkan dia sebenarnya seorang yang panas baran.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata, dia sering terbawa-bawa dengan emosi sehinggakan perkara remah boleh mencetuskan kemarahannya.

Malah cerita Shiha, dia pernah terbalikkan sebuah meja di sebuah kedai makan selepas pembantu kedai tidak mengendahkan permintaan mengambil pesanan.

Copy of Untitled - 2024-09-20T125133.632

Shiha mendedahkan perkara itu menerusi sesi podcast Buka Mulut.

"Saya seorang yang panas baran dan masalah itu sangat teruk dalam tiga ke empat tahun lepas.

"Saya tak boleh salah sikit, saya pernah terbalikkan meja di kedai makan.

"Baling semua makanan di atas meja pun pernah. Isunya kecil sahaja sebab saya panggil (pelayan) ambil pesanan... Tiga empat kali panggil tapi tak datang," katanya.

Shiha berkongsi perkara itu menerusi temu bual podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 15 tahun bercinta, Shiha Zikir dan kekasih usaha kahwin sebelum akhir 2024... Baju nikah pun dah siap lama

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu masuk AJL38, Shiha Zikir hairan pencapaian sering dipertikai... “Mungkin orang ingat saya terpaling popular”

Mengimbau semula sikap barannya, Shiha memberitahu dia pernah berdepan pergaduhan besar di sebuah restoran dek terlampau mengikut perasaan.

Mujur situasi itu tidak diperbesarkan atau ditularkan mana-mana pihak.

"Saya pernah bergaduh dekat kedai mamak sampai nak baling kerusi. Cuma masa itu bukan zaman media sosial, jadi saya selamat.

"Dashboard kereta pernah sampai jatuh sebab sikap baran saya. Saya mengamuk kaw kaw," ceritanya.

Copy of Untitled - 2024-09-20T125213.636

Shiha tekad berubah dan belajar mengawal emosi.

Sedar masalah panas barannya hanya mendatangkan mudarat, Shiha tekad berubah dan belajar untuk mengawal emosi.

"Sampaikan satu tahap saya cakap macam mana saya nak buat dengan diri saya ini.

"Saya cakap dengan diri saya, penatlah jadi baran macam ini. Saya nak berubah," kongsianya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain