suria

Bakat sebenar tak dikenali, Lufya Omar mahu kembali jadi penyanyi... Sedih terlepas uji bakat program popular

Lufya mahu dikenali sebagai seorang penyanyi.

LEBIH dikenali sebagai seorang pelakon, mungkin ramai yang tidak sedar Lufya Omar juga merupakan seorang penyanyi dan pernah menghasilkan dua single sebelum ini.

Memasang niat untuk kembali aktif, Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar kini sedang rancak menyusun langkah dalam bidang nyanyian selepas sekian lama menyepi.

"Bakat saya menyanyi tetapi mungkin sebelum ini lebih banyak disunting untuk berlakon sampai orang lupa saya ini penyanyi.

Copy of Untitled - 2024-09-17T165701.546

Lufya rancak menyusun langkah dalam bidang nyanyian.

"Sedih juga bila orang tidak tahu bakat sebenar saya.

"Sebelum ini saya sibuk untuk uruskan anak dan beberapa hal lain termasuk kes mahkamah. Sekarang anak pun dah besar dan saya sudah sedia kembali aktif sebagai penyanyi," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Lufya pernah tampil dengan lagu berjudul Diam dan Doaku yang merupakan ciptaannya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandang duit bekas suami, Lufya Omar tuntut mutaah sebab anak nak jadi doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami dikenali selepas kahwin Lufya, mutaah RM1 juta jumlah munasabah - “Saya perlahan kerjaya demi menjaganya”

Kerjaya Lufya sebagai penyanyi bermula apabila menyertai pertandingan Akademi Fantasi musim ke-6 sebelum berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Dalam pada itu, Lufya berkata dia memiliki 10 lagu ciptaan sendiri dalam simpanannya.

Malah, sebagai persediaan untuk kembali aktif, Lufya juga sudah merakamkan melodi untuk salah satu karya tersebut.

Sedih juga bila orang tidak tahu bakat sebenar saya.

LUFYA

PENYANYI

"Lagu baru akan ada, saya sudah pun rakam melodi cuma tunggu masa sesuai untuk teruskan rakaman penuh.

"Sebelum ini saya tidak dipegang oleh mana-mana syarikat pengurusan, jadi mungkin disebabkan itu saya tidak fokus secara betul.

"Untuk kembali aktif menyanyi ini saya dah ikuti kelas vokal dan berenang untuk kekal stamina," ujarnya.

Dalam masa sama, Lufya juga menyimpan hasrat untuk bertanding dalam sebuah program nyanyian popular.

Copy of Untitled - 2024-09-17T165721.270

Lufya berhasrat bertanding dalam program nyanyian.

Baginya, pentas berkenaan adalah platform terbaik untuk dia menyerlahkan bakat sekaligus membuktikan masih mampu menjadi penyanyi.

"Sebenarnya saya terlepas sesi uji bakat program tersebut. Kalaulah tahu awal, saya sanggup ke Singapura untuk uji bakat.

"Saya memang nak sangat sertai program tersebut," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain