suria

Hanya ada sebulan dapat tubuh sasa, Beto Kusyairy upah PT dan makan 10 biji telur sehari demi ‘Gayong’

Beto mempunyai masa sebulan untuk persiapkan tubuh badannya lebih berotot sebelum penggambaran filem Gayong bermula.

PELAKON Beto Kusyairy sanggup mengupah jurulatih kecergasan peribadi (personal trainer) demi mendapatkan tubuh badan berotot bagi menjayakan watak dalam filem Gayong.

Menurut Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, dia terpaksa berbuat demikian kerana ingin menzahirkan karakter dengan tubuh sasa yang dibawakan dalam naskhah berkenaan.

"Saya dalam proses buat badan dan sedang cuba sehabis baik untuk dapatkan fizikal berotot dalam waktu kurang sebulan.

size NP 1 - 2024-09-19T181253.019

Beto dalam proses membesarkan otot demi menjayakan watak Allahyarham Meor.

"Malah saya terpaksa ambil inisiatif mengupah personal trainer untuk membantu saya.

"Sebab saya tak suka pergi gim melainkan tuntutan kerja," katanya kepada mStar.

Beto kini sedang mempersiapkan diri bagi menggalas watak sebagai pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia merangkap mahaguru silat, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Dalam pada itu, selain pergi ke gim sebanyak lima kali seminggu, Beto juga memberitahu dia terpaksa menaikkan berat badan untuk nampakkan dirinya lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri berpijak di bumi nyata, Beto Kusyairy tak kejar anugerah luar negara

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy mula bersilat sejak usia 7 tahun, bukan sekadar pertahan diri tapi bentuk peribadi

Justeru, aktor itu perlu mengambil jumlah kuantiti protein dengan kadar yang besar setiap hari.

"Dalam seminggu saya akan bersenam di gim selama lima hari dan sekurangnya satu jam.

"Selain itu, saya kena naikkan berat badan dengan minum susu protein dan makan telur separuh masak sebanyak 10 biji setiap hari," ujarnya.

Sementara itu, Beto sedia maklum dia memegang amanah yang berat dengan melakonkan satu figura hebat dalam dunia persilatan.

Dalam seminggu saya akan bersenam di gim selama lima hari dan sekurangnya satu jam.

BETO KUSYAIRY

PELAKON

Tambah pelakon filem Imaginur itu, demi menjaga nama baik waris dan rakan Allahyarham, dia akan cuba sehabis baik agar tidak memburukkan nama arwah.

“Kita sedia maklum, waris dan rakan Allahyarham masih ada dan kita pula mahu mengangkat namanya.

"Tanggungjawab menggalas watak ini sangat berat apatah lagi persepsi masyarakat sudah tentu tinggi untuk melihat hasilnya.

"Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik hasil sokongan semua," jelasnya.

size NP 1 - 2024-09-19T181338.688

Beto bersama barisan pelakon dan pengarah bagi filem Gayong.

Dalam perkembangan lain, Beto bakal berlakon dalam filem Gayong yang akan memulakan penggambaran 5 Oktober depan.

Selain Beto, filem Gayong turut menampilkan barisan pelakon seperti Nabila Huda, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian.

Filem itu dianggarkan bakal menemui penonton pada Mei 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain