suria

Pernah tular video tarian lagu ‘Alamak Raya Lagi’, Avantgardey hibur peminat di Malaysia 22 Disember

Avantgardey bakal tampil di Malaysia pada 22 Disember depan.

PASTI ramai mengingati video sekumpulan wanita berseragam sekolah menari menggunakan lagu Alamak Raya Lagi nyanyian asal De Fam yang pernah tular sebelum ini.

Buat julung kalinya, kumpulan tarian asal Jepun iaitu Avantgardey bakal menghiburkan peminat di Malaysia pada 22 Disember depan di Zepp Kuala Lumpur.

Menerusi konsert jelajah Avantgardey Asia Tour Malaysia, kumpulan yang terdiri daripada 17 penari ini menjanjikan persembahan memukau dan menghiburkan.

Copy of Untitled - 2024-09-19T104650.104

Avantgardey bakal menampilkan bersembahan memukau.

Pernah tampil menerusi America's Got Talent, Avantgardey berjaya menarik perhatian dunia sehingga mendapat pengikut antarabangsa yang ramai.

Malah kumpulan ini turut diiktiraf oleh Vogue Japan sebagai bintang baru pada 2023.

Kejayaan demi kejayaan diperoleh mengukuhkan nama Avantgardey sebagai kuasa besar dalam dunia tarian.

Demi menghiburkan peminat di Malaysia, kumpulan berasal dari Osaka ini bakal menampilkan persembahan kreatif yang luar biasa selama 80 minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarian budaya tempatan bawa tuah kepada Danny, muncul juara Battleground Malaysia: Road To Gold

ARTIKEL BERKAITAN: Konsep kumpulan idola masuk Malaysia, KLP48 sambung legasi AKB48

Bukan itu sahaja, penonton juga akan dikejutkan dengan gabungan tarian dan seni visual yang menakjubkan sepanjang konsert berlangsung.

Konsert yang dianjurkan oleh 43 dan Sum Supreme Media (HK), dengan Westec Media.

Kumpulan ini juga sempat bertemu peminat dan media bagi mengumumkan konsert mereka di negara ini bertempat di Pavilion Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Tiket dijual dengan harga serendah RM280 sehingga RM880 bermula 22 September 2024 menerusi laman web TicketMelon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain