USAHAWAN dan pempengaruh media sosial Tya Ariffin dan Asyraf Khalid diminta tidak mencampuri isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin. Ia susulan Tya dan Asyraf mengulas mengenai keretakan rumah tanggan pasangan tersebut menerusi sebuah program podcast sehingga mengundang rasa kurang senang ramai pihak. Menerusi podcast berkenaan, Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid, 32, memberitahu dia mengenali Fattah dan Fazura secara peribadi dan percaya pasangan itu ada sebab tersendiri untuk berpisah. Tya dan Asyraf membahas isu tersebut menerusi sesi podcast Kata Kita. Jelasnya, masalah rumah tangga pasangan selebriti itu tidak sepatutnya dicanang kepada umum kerana bimbang akan menimbulkan spekulasi. "Saya mengenali Fattah dan Fazura secara peribadi dan Fattah pun menafikan hubungan dengan penggaya fesyen itu. "Bila keluar berita daripada pihak ketiga, itu saya rasa merosakkan situasi dan membuatkan Fattah Amin yang mempunyai imej sangat baik tiba-tiba tercemar. ARTIKEL BERKAITAN: Berpisah atau sebaliknya? Rabu depan penentu kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin masih sayang Fazura, tiada wanita lain... Terkejut isteri fail cerai "Bagi saya kalau benda itu betul pun, ia tak patut keluar. Bagilah alasan tak sekufuku ke atau tak sehaluan ke? "Dia membuatkan orang terfikir pula adakah sebenarnya cerita ini dikeluarkan oleh Fazura sebab ada rancangan lain... Ia dah jadi banyak spekulasi," katanya. Asyraf mengulas perkara itu menerusi sesi temu bual podcast Kata Kita yang dimuat naik di TikTok. Tya dan Asyraf diminta menjaga rumah tangga sendiri Bukan itu sahaja, pasangan itu dilihat turut membaca komen-komen netizen di media sosial berkenaan pergolakan yang melanda Fazura dan Fattah. Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat pasangan itu sepatutnya menjaga urusan rumah tangga sendiri berbanding membahas isu tiada kaitan dengan mereka. "Topik podcast apa ini? Jangan menyibuk hal orang, jaga rumah tangga sendiri sudahlah!" komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!