suria

“Kalau lekat, lekatlah” - Syafie Naswip berserah soal anak, murah rezeki selepas kahwin

Syafie tak tertekan isu anak.

SEMBILAN bulan bergelar suami, pelakon Syafie Naswip tidak terburu-buru mengenai soal cahaya mata dan menyerahkan kepada ketentuan Allah SWT.

Menurut Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 32, dia dan isteri Nur Afiqah Ishak tidak mahu tertekan memikirkan mengenai zuriat sejak awal perkahwinan mereka.

"Saya dan isteri ikut sahaja ketentuan yang ditetapkan olehNya, tiada tekanan dan kalau lekat-lekatlah.

size NP 1 - 2024-09-18T170210.643

Syafie dan isteri berserah pada Allah soal rezeki cahaya mata.

"Kami sebelum kahwin pun dah berbincang soal rezeki cahaya mata memang follow the flow sahaja.

"Perempuan ada hari yang dia subur, jadi kami belajar daripada situ, buat mana yang mampu dan berserah sahaja," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syafie memberitahu walaupun sudah berstatus sebagai suami orang, dia tetap menjalankan kerjaya seni seperti biasa tanpa ada halangan daripada isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih rahsia hubungan cinta, Syafie Naswip sah bergelar suami dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip kongsi perkenalan dengan isteri, ada sebab rahsia hubungan cinta daripada umum

Malah aktor itu cuba menjauhkan diri daripada berlakon isu sensitif supaya klip video berkenaan tidak ditularkan kembali jika berlaku sesuatu perkara negatif dalam hubungan rumah tangganya.

"Setakat ini tiada apa-apa halangan atau isu untuk saya berlakon dengan wanita. Tapi sudah tentu sebagai suami kena tahu batas untuk berlakon.

"Sekarang banyak kes negatif tentang rumah tangga jadi saya tak nak perkara itu berbalik pada saya dan isteri.

Saya dan isteri ikut sahaja ketentuan yang ditetapkan olehNya, tiada tekanan dan kalau lekat-lekatlah.

SYAFIE NASWIP

PELAKON

"Mana yang saya boleh jaga saya jaga, risau klip video lakonan saya akan dijadikan isu jika berlaku perkara tak baik jadi saya cuba elak," jelasnya.

Sementara itu, Syafie bersyukur rezekinya selepas berkahwin semakin bertambah dan menerima lebih banyak mendapat tawaran filem.

"Alhamdulillah, yang saya perasan selepas sahaja berkahwin buat masa sekarang rezeki selepas kahwin banyak dapat tawaran berlakon filem.

"Tapi saya tak tolak pun tawaran kerja lain seperti telemovie atau drama saya tetap buat kalau skrip okay," ujarnya.

size NP 1 - 2024-09-18T170147.031

Syafie dan isteri berkahwin pada 23 Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Syafie mendirikan rumah tangga dengan Nur Afiqah pada 23 Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Syafie bakal membintangi filem Gayong yang akan memulakan penggambaran 5 Oktober depan.

Selain Syafie, filem Gayong turut menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda dan Yayan Ruhian.

Filem itu dijangka menemui penonton pada Mei tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain