suria

Janji pelbagai kejutan buat peminat, konsert N.Flying di Malaysia 1 Disember

Meskipun tampil berempat, N.Flying menjanjikan penampilan luar biasa.

IMPIAN peminat menyaksikan kumpulan N.Flying beraksi buat kali pertama di Malaysia bakal menjadi kenyataan pada 1 Disember depan.

N. Flying akan menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert 2024 N.Flying Live 'Hide-Out anjuran More Entertainment.

Terdiri daripada lima anggota, penampilan untuk konsert kali ini bagaimanapun tidak disertai pemain drum mereka iaitu Kim Jae Hyun yang masih dalam latihan khidmat tentera.

Copy of Untitled - 2024-09-19T154507.491

N.Flying bakal tampil dengan aksi bertenaga.

Walaupun tanpa Jae Hyun, ia tidak mematahkan semangat N.Flying untuk memberikan persembahan luar biasa buat peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai N.Fia.

Selain Jae Hyun, kumpulan itu turut dianggotai Lee Seung Hyub (vokalis), Yoo Hwe Seung (vokalis), Cha Hun (gitar) dan Seo Dong Sung (bass).

Mula ditubuhkan pada 2015 menerusi album Awesome, nama N.Flying terus melonjak menerusi lagu-lagu hits seperti Rooftop, Good Bam dan Oh Really.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Su:Home ubat rindu peminat, Suho menitis air mata janji datang KL lagi beraksi bersama ahli EXO

ARTIKEL BERKAITAN: Video daripada peminat buat CNBLUE tersentuh, janji akan kembali ke Malaysia

Selain hebat dalam nyanyian vokalis mereka iaitu Seung Hyub turut dikenali sebagai pelakon yang semakin meningkat naik dan pernah membintangi drama seperti Nevertheless, Shooting Stars, Love Next Door.

Konsert ini dijangkakan penuh dengan alunan muzik serta beberapa kejutan buat peminat.

Tiket dijual dengan harga serendah RM368 sehingga RM6,288 bermula 27 September 2024 menerusi laman web Bookmyshow.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain