suria

Lincah di atas pentas bersama Senario, rupanya Lan Pet Pet ditahan di zon merah sebelum persembahan... Doktor syak 4 saluran jantung tersumbat

Lan berkata ketika dimasukkan ke ICU, doktor mengesyaki empat saluran jantung tersumbat.

PELAWAK Lan Pet Pet mendedahkan dia ditahan di zon merah Hospital Melaka sebelum tampil melakukan persembahan Senario Union pada 31 Ogos lalu.

Lan atau Mazlan Ahmad, 55, berkata, doktor mengesyaki empat saluran jantungnya tersumbat yang membuatkan kesihatannya tiba-tiba merosot dan mengalami sesak nafas pada hari berkenaan.

"Sebenarnya pada malam 31 Ogos itu memang betul saya jatuh sakit.

size NP 1 - 2024-09-19T175520.100

Lan dedah dia ditahan di zon merah Hospital Melaka sebelum persembahan bersama Senario.

"Saya ditahan di zon merah Hospital Melaka dan doktor syak empat saluran jantung saya tersumbat," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Lan memberitahu sepanjang di hospital dia memperbanyakkan zikir selain menunaikan solat sunat dan kesihatannya kembali pulih.

Tambah Lan, doktor yang merawatnya juga terkejut melihat dia mampu membuat persembahan pada malam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet jatuh sakit sebelum persembahan, Saiful Apek ‘trauma’ teringat pemergian arwah Hamdan

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet cerita fasa terendah dalam hidup, terduduk rumah kena lelong - “Nak minta tolong saya malu”

"Saya banyakkan zikir dan solat sunat... Alhamdulillah saya diberikan kesembuhan.

"Doktor yang merawat saya pada malam itu pun terkejut sebab saya berada di konsert untuk membuat persembahan," ujarnya.

Dalam pada itu, Lan memberitahu ada menghubungi rakannya yang merupakan seorang pakar saraf bagi mendapatkan pandangan mengenai kesihatannya.

Kata Lan, keadaannya itu bukan disebabkan masalah jantung tetapi angin dalam badan disebabkan lewat makan.

size NP 1 - 2024-09-19T175755.492

Lan ketika berada di pentas bersama kumpulan Senario.

"Saya biasanya memang makan pada waktu petang. Jadi mungkin masalah angin dalam badan," jelasnya.

Sementara itu, Lan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dia dan memberitahu kesihatannya sudah pulih seperti biasa.

Menerusi laporan mStar pada 16 September lalu, Apek mendedahkan Lan mengalami demam dan sesak nafas sebelum konsert Senario Union Panggung Bangsawan bermula.

Pada 31 Ogos lalu, peminat Senario terharu selepas melihat Lan kembali beraksi dengan kumpulan itu selepas sekian lama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain