BERDEPAN ujian dalam perniagaan, pengacara Nadia Annuar mengalami kerugian sebanyak RM40,000 gara-gara ditipu sebuah syarikat makanan trak. Menurut Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 40, kerugian itu terpaksa ditanggung selepas dia bersama seorang rakan kongsi melaburkan modal untuk membuka perniagaan trak makanan. Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal memberikan pulangan yang dijanjikan malah trak makanan diusahakannya turut lesap secara mengejut. Nadia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Saya dan rakan kongsi melabur kepada sebuah perniagaan makanan trak yang sedia ada yang dimiliki oleh dua orang lelaki. "Kami membayar modal sebanyak RM40,000 untuk memulakan trak baru bersama mereka, tapi kami perasan banyak masalah timbul dari segi pengurusan. "Trak kami juga didapati tiba-tiba tidak beroperasi dan hilang dari premis asal tanpa notis secara tiba-tiba. "Mereka tak boleh beri apa yang mereka janji dan macam-macam alasan diberikan setiap kali masalah timbul," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar dedah sudah bercerai, fokus diri sendiri sebelum cari pengganti ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar pertahan Harris menangis dalam video live, jawab cadangan netizen minta ibu selesai hutang Nadia menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Jumaat. Nadia memaklumkan dia dan rakan kongsinya mencapai kata sepakat untuk membatalkan kontrak bersama syarikat tersebut memandangkan perniagaan diusahakan tidak mendatangkan keuntungan. Apa lebih mengecewakan, syarikat tersebut masih belum mengembalikan wang modal yang dijanjikan. "Kami ambil keputusan untuk batalkan kontrak dan cuma meminta kembali duit modal. Nadia kecewa sehingga kini tidak menerima pulangan modal yang dijanjikan. "Mereka bersetuju dan menagku salah tapi sehingga hari ini saya tak menerima satu sen pun daripada mereka," jelasnya. Enggan berdiam diri, pengacara itu sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut. "Saya terpaksa ambil tindakan undang-undang ke atas mereka bermula hari ini kerana mereka gagal mematuhi kontrak yang ditandatangani. "Saya ingin menekankan saya tida kena mengena lagi dengan peniagaan trak itu dan tidak mahu dikaitkan dengan mereka," tegasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!