AMALAN puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis rahsia pelakon Datuk Fauziah Nawi kekal sihat walaupun usianya sudah mencecah 71 tahun. Kata Fauziah, doktor turut menyarankan agar dia terus mengamalkan amalan itu kerana berpuasa dapat mencegah daripada sebarang penyakit. "Alhamdulillah saya tidak mempunyai masalah kesihatan cuma lutut ada sedikit masalah sebab mengalami kecederaan ketika zaman sekolah dulu. Fauziah mengamalkan puasa sunat dan mandi sebelum waktu Subuh. “Tiada rahsia cuma saya amal berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis sebab kawan-kawan pun ramai amalkan. “Doktor pun ada beritahu berpuasa sangat baik dalam menjaga kesihatan,” katanya kepada mStar. Tidak hanya berpuasa, Fauziah memberitahu dia juga tidak mengambil makanan atau minuman manis dalam diet seharian. ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Nawi tak mahu berlakon jadi hantu, seram cerita kena kacau di lokasi penggambaran ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Nawi terharu terima tajaan umrah daripada Siti Nurhaliza, terpaksa tolak kerana kerja Fauziah juga biasanya akan berhenti makan sebelum berasa kenyang bagi mengelakkan dia mengambil makanan berlebihan. Menurut Fauziah, berat badannya pernah mencecah sehingga 90 kilogram dan kini berjaya mendapat berat badan ideal sebanyak 67 kilogram. "Saya hanya makan apabila saya lapar sahaja dan berhenti sebelum kenyang. Buka puasa saya makan nasi. Doktor pun ada beritahu berpuasa sangat baik dalam menjaga kesihatan. DATUK FAUZIAH NAWI PELAKON "Saya tak makan kuih dan sebagainya. Bila sahur saya cuma minum air kosong sahaja. "Berat badan saya pernah mencecah sehingga 90 kilogram dan sekarang sudah menjadi 67 kilogram. Sejak lima tahun kebelakangan ini saya dapat turunkan berat badan," ujarnya. Selain daripada menjaga pemakanan, pelakon filem Sayang Salmah ini turut mengamalkan petua orang lama iaitu mandi awal pagi sebelum waktu Subuh. Fauziah (kanan) masih lagi aktif berlakon. "Saya juga amalkan selama bertahun-tahun, mandi sebelum waktu Subuh. Mandi air sejuk. Itu petua orang-orang dulu yang saya dengar. "Pemakanan saya memang jaga daripada dulu lagi, saya tak suka makan benda manis sangat. “Saya banyak minum air kosong, paling tidak pun minum kopi segera. Pada saya, buat apa pun kita tidak boleh berlebih-lebihan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!