PENYANYI Tajul terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor selepas mengalami sakit pada bahagian perut sehingga sukar membuang air besar. Tajul atau Tajul Ariff Noor Md Shari, 26, berkata, hasil pemeriksaan mendapati punca dia mengalami kesakitan disebabkan jangkitan kuman pada bahagian usus. “Dua tahun lepas saya pernah mengalami sakit serupa tapi kali ini lebih serius sehingga tak boleh nak buang air besar. Tajul kini masih menerima rawatan di hospital. “Saya memang ada masalah gastrik dan doktor memberitahu ada jangkitan kuman pada usus. “Kesakitan yang ditanggung memang tak boleh nak tahan dan sebab itu saya serah diri ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Bercerita mengenai keadaannya, Tajul mula mengalami rasa sakit perut sejak empat hari lalu namun hanya mengambil ubat di klinik. ARTIKEL BERKAITAN: Tajul Ariff cedera tangan tersusuk kaca almari, sempat pengsan akibat banyak pendarahan ARTIKEL BERKAITAN: Tajul terkilan dituduh tak bagi kerjasama, sudah beri keterangan kes kemalangan rakan “Selepas dua hari makan ubat klinik keadaan saya masih sama dan hanya hilangkan rasa sakit buat seketika. “Syukur hari ini (Ahad) keadaan saya semakin baik dan sudah boleh ‘membuang’... Jika sakit masih berterusan, doktor akan melakukan endoskopi,” katanya. Dalam masa sama Tajul juga turut memaklumkan dia terpaksa membatalkan kemunculannya dalam sebuah acara pada Sabtu disebabkan sakit dialmi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!