suria

Suami pakai rantai emas, Atikah Suhaime dah pernah tegur… “Saya pun belum sempurna”

Penampilan suami Atikah ditegur peminat.

PELAKON Datin Atikah Suhaime sudah menegur suaminya iaitu usahawan Datuk Lokman Teh yang dilihat memakai rantai emas.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, juga berharap agar Lokman akan mengubah penampilan dengan tidak lagi memakai aksesori itu kerana pemakaian emas oleh golongan lelaki ditegah dalam Islam.

Bagaimanapun jelas Atikah, di sebalik kekurangan tersebut suaminya itu disifatkan sebagai seorang lelaki sempurna dan bertanggungjawab terutama dalam melayaninya sebagai isteri.

atikah 1

Atikah menjawab baik teguran di media sosial.

“Saya sudah tegur suami tapi saya pun belum sempurna... belum pakai tudung. Perlahan-lahan kami berubah. Doakan kami.

“Suami saya tidak pernah sakitkan hati saya dan layan saya dengan penuh kelembutan.

“Mungkin suami saya cuma pakai rantai emas tapi daripada segi lain dia sempurna,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasi goreng resipi ibu Atikah Suhaime ada kisah sedih, kini jadi kegemaran keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandang harta, sikap Lokman suka menderma buat Atikah Suhaime jatuh cinta... Suami berbeza lelaki kaya lain

Atikah menulis perkara tersebut dalam ruangan komen Instagram miliknya apabila ada yang mempersoalkan tentang penampilan Lokman memakai rantai leher emas.

Dia juga menasihati orang ramai untuk memberi teguran secara baik tanpa timbul rasa benci.

"Lain orang lain dosanya. Ada bagusnya tegur antara Muslim tetapi janganlah sampai membenci.

atikah 3

Atikah menerima teguran secara terbuka.

"Setiap orang ada tempohnya sendiri. Pengakhiran seseorang itu kita pun tak tahu.

"Semua orang pendosa, baik jaga diri masing-masing," ujarnya.

Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Lokman pada 21 Januari lalu dan kini mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain