SELEPAS berjaya memujuk hati isteri dengan memberi jambangan bunga tidak lama dulu, kali ini pelakon Farid Kamil berkongsi pula surat cinta tulisan tangan kepada isterinya iaitu Diana Danielle. Ia ditulis Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, buat Diana sempena hari pernikahan mereka 12 tahun lalu yang mana ulang tahunnya disambut pada Ahad, 3 November 2024. Perkongsian surat berkenaan sebagai usaha terbaharu Farid untuk menjernihkan keadaan susulan Diana mahu memfailkan penceraian buat kali kedua terhadapnya. Perkongsian Farid di Instagram. Isi kandungan surat tersebut antara lain harapan Farid agar dia dapat berbahagia dengan isterinya di dunia sehingga mereka akan kembali di syurga suatu hari nanti. Farid dalam luahan tersebut berdoa agar Allah sentiasa melindungi dan menjaga mereka dalam menempuh setiap langkah dan perjalanan sebagai suami isteri. "Selalu bahagia di dunia hingga kita bersatu kembali dalam rahmah-Nya di syurga wahai isteriku. ARTIKEL BERKAITAN: Sejambak bunga ros buat Diana Danielle di mahkamah, langkah pertama Farid Kamil pujuk isteri ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil dan Diana Danielle masih tinggal sebumbung, salah faham kecil punca kemarahan isteri "Selamat hari istimewa. Hari ijab qabul kita," tulisnya pada surat bertarikh 3 November 2012. Sayang sekali apa yang diharapkan Farid itu menjadi sebaliknya apabila rumah tangga yang dibina menjadi retak. Farid juga memuat naik gambar dia sedang menunaikan solat sunat pada hari penikahan mereka yang berlatar belakangkan tasik di Ampang lokasi mereka bernikah iaitu di Hotel Flamingo. Usaha Farid memujuk Diana tahun lalu. Dia turut menggunakan lagu Di Sana Menanti Di Sini menunggu nyanyian UK's pada hantaran tersebut. Dalam ruangan kapsyen Farid menulis secara ringkas memohon doa agar segala urusan dipermudahkan. "Kepada Mu ku berserah, kepada Mu ku Berlindung. Hanya Engkau Maha mengetahui," ungkapnya. Gambar kenangan majlis resepsi Farid dan Diana. Hantaran tersebut dibuat sehari sebelum Diana dilaporkan bakal memfailkan penceraian terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin. Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!