SEORANG wanita yang juga rakan baik Alif Hadi menyangkal dakwaan dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan aktor tersebut. Raja Faraa, 43, sebaliknya menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sebagai sahabat dan rakan sekerja walaupun sering memuat naik foto dan video bersama di media sosial. Faraa bagaimanapun tidak menafikan dia antara sahabat sentiasa ada di sisi Alif ketika aktor tersebut sedang patah hati selepas percintaan dengan pelakon Yasmin Hani berakhir dengan perpisahan. Alif dan Faraa hanya kawan baik. “Kami hanya kawan baik. Saya ada ketika Alif tengah patah hati selepas berpisah dengan Yasmin. “Saya selalu ada dengan dia. Bercinta itu tidak sebab kami hanya sekadar rakan baik,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. Faraa menjelaskan perkara itu selepas timbul desas-desus mendakwa dia dan Alif sedang hangat bercinta selepas aktor itu kembali solo. Lebih menguatkan cerita apabila dia sering memuat naik foto dan video bersama di laman sosial miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alif Hadi dalam proses ‘healing’, hubungan cinta 3 tahun dengan Yasmin Hani sudah berakhir ARTIKEL BERKAITAN: Alif Hadi rupanya duda, bekas isteri asal keluarga berpengaruh... Kahwin muda punca gagal pertahan rumah tangga Menjelaskan mengenai foto mereka berdua-duaan di sebuah restoran, Faraa memberitahu mereka bertemu bagi membincangkan hal kerja dan bukan soal peribadi. “Saya tengah cerita fasal skrip dekat Alif sebab kami bekerja untuk sebuah majlis. “Jadi kami hanya bercakap fasal kerja dan tidak tahu bila gambar itu diambil,” jelasnya. Bagi menguatkan bukti mereka tidak bercinta, Faraa memberitahu Kami hanya kawan baik. Saya ada ketika Alif tengah patah hati selepas berpisah dengan Yasmin. FARAA RAKAN BAIK ALIF HADI Sementara itu, Faraa memberitahu dia dan Alif tidak mungkin bercinta memandangkan jarak usia mereka yang agak besar. Apatah lagi kata Faraa, ibu Alif pernah memberitahu mahukan seorang menantu lebih muda agar dapat memberinya cucu. Malah disebabkan isu zuriat dipercayai hubungan Alif dengan Yasmin berdepan masalah. “Keluarganya mahu dia berkahwin dengan seorang wanita lebih muda. Gambar Faraa dan Alif di sebuah restoran berdua-duaan. “Ibunya pernah cakap suruh cari wanita lebih muda sebab nanti boleh dapat cucu. “Setahu saya juga sebagai rakan baik, Alif tidak tahu hala tuju hubungannya dengan Yasmin disebabkan perkara itu,” jelasnya. Sebelum ini, Alif mendedahkan hubungan cintanya dengan Yasmin sudah berakhir selepas tiga tahun menjalinkan hubungan. Bagaimanapun, Yasmin memberitahu dia dan Alif kembali rapat selepas dua anak-anak lelakinya sering bertanya keberadaan aktor tersebut. Alif dan Yasmin sudah berpisah sebagai kekasih. Untuk rekod, Alif pernah berkahwin dengan seorang wanita daripada keluarga berpengaruh namun rumah tangganya hanya bertahan tujuh tahun sebelum bercerai. Manakala Yasmin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Razali Wong pada 2011 namun bercerai selepas 10 tahun berkahwin. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Elissa Elzander Wong kini berusia tujuh tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!