PENYEBARAN video sedang bersenam di gimnasium memberikan kesan besar kepada penyanyi Luqman Faiz sehingga ada yang mempersoalkan seksualitinya. Apa yang membuatkan Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 24, lebih marah apabila dia mula dipandang serong kerana ada yang menyangka dia mengamalkan hubungan sejenis. "Sebab ada yang kongsi video aku dan guna sebagai content gay, aku pergi kelas, pergi ke mana-mana orang persoalkan seksualiti aku. Penyebaran video Luqman menimbulkan salah faham banyak pihak. "Aku jalan sana-sini orang mula bertanya aku tulen atau tidak. Muka nak letak mana?" katanya. Luqman menulis perkara tersebut di sosial media miliknya sekali gus menegaskan dirinya bukan seperti yang disangka. Dalam pada itu, penyanyi ini juga mendedahkan sejak awal terlibat dalam dunia seni lagi dia sudah mula menerima gangguan golongan songsang. ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Faiz bengang video di gim jadi bualan lelaki songsang, diganggu kiriman foto tidak senonoh... “Aku straight!” ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah lama tak nampak, rupanya Luqman Faiz sibuk belajar... Rasa ‘awkward’ hadir majlis hiburan Biarpun tidak pernah ambil pusing akan perkara ini, namun bagi Luqman penyebaran video baru-baru ini dianggap sebagai satu fitnah yang melampau. "Aku dah kena kacau sejak hari pertama masuk industri. Tak pernah buka mulut. "Aku berkawan dengan semua jenis manusia dan tak pernah nak jatuhkan pilihan orang lain. Luqman bengang videonya disebarkan golongan pengamal hubungan sejenis. "Tetapi sampai melibatkan aku macam aku sebahagian komuniti ini, ia adalah satu fitnah ke atas diri aku," tegasnya. Sebelum ini menerusi satu perkongsian video, Luqman meluahkan rasa bengang apabila ada pihak berkongsi rakamannya bersenam di gimnasium sehingga menjadi bahan bualan golongan lelaki homoseksual. Dia secara tegas memberitahu tidak memaafkan orang yang berbuat demikian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!