suria

Nyanyian boleh diperbaiki, Ajai minta Fazura guna peluang dikelilingi individu profesional ‘upgrade’ vokal

Ajai rasa nyanyian Fazura boleh diperbaiki jika rajin berlatih.

SEBAGAI seorang komposer berpengalaman, Ajai menganggap nyanyian Nur Fazura boleh diperbaiki dengan mengikuti latihan yang tepat.

Bagi Ajai atau Mohd Faizal Maas, 50, Fazura mempunyai pasukan profesional di belakangnya untuk meneliti kualiti dan memperbaiki nyanyian.

“Sebagai individu yang mempunyai kelompok peminat besar, dia patutnya ambil inisiatif untuk ‘upgrade’ vokal dan bunyian yang sedap.

NP (1)

Ajai merasakan nyanyian Fazura boleh diperbaiki.

“Kita sendiri kena tahu bunyian (dihasilkan) itu sedap atau tidak. Setahu saya dia bekerja dengan orang-orang profesional. Itu kelebihan dan peluang dia untuk besarkan lagi bakatnya,” katanya.

Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui di konsert akhir program The Chosen One 2024 yang berlangsung pada malam Jumaat.

Tambahnya dalam penghasilan lagu Fazura perlu mendapatkan khidmat produser yang tepat supaya setiap karya sesuai dengan vokalnya.

“Dia perlukan produser yang tepat sebab nyanyian bukan tentang seseorang ada vokal tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Fazura beri kesan kepada industri muzik, Masdo nasihat siapkan diri sebelum buat persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah nasihat jangan kecam penyanyi buat persembahan kurang baik... Belanja peminat nyanyi lagu Fazura

"Bunyi yang sesuai atau kita panggil ‘easy listening’ dan tidak mencederakan vokal. Penerbit kena tahu kemampuan nyanyian dia,” ujarnya.

Mengulas mengenai persembahan Fazura, Ajai enggan membuat penilaian tentang persembahan Fazura yang menjadi bualan baru-baru ini.

Sebaliknya Ajai memberitahu peminat kini bijak menilai nyanyian seorang penyanyi disebabkan pelbagai teknologi masa kini.

"Saya menonton persembahan dia secara singkat sahaja di Instagram, kalau tiada kena mengena dengan saya, saya tidak akan komen.

NP (2)

Ajai merasakan peminat sekarang bijak menilai nyanyian.

"Kalau produk itu datang daripada saya atau sebagai juri, saya akan ikhtiar kenapa jadi begitu.

"Cuma sekarang pendengar sudah tahu 'mendengar' apatah lagi sekarang macam-macam teknologi boleh dilakukan di rumah.

"Pengajaran muzik juga sudah meluas bukan hanya di studio rakaman tetapi di rumah," jelasnya.

Sebelum ini, nyanyian secara langsung Fazura menyampaikan lagu Bertahan Demi Cinta ketika tampil dalam sebuah program di Jakarta, Indonesia menjadi bahan ketawa dan kritikan pelbagai pihak.

Ramai menganggap Fazura tidak boleh menyanyi dan meminta selebriti popular mengekalkan kariernya sebagai pelakon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain