PELAKON Mia Ahmad tersentak mendengar kata-kata seorang guru yang beranggapan kanak-kanak autistik tidak mempunyai masa depan dalam bidang akademik. Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 36, terkejut apabila guru berkenaan berpendapat tujuan anak istimewa dihantar ke sekolah bukanlah untuk belajar sebaliknya hanya bersosial dengan pelajar lain. "Hari itu saya ada pergi ke satu sekolah ini untuk Issa masuk darjah satu tahun depan. Sekolah biasa tapi dia ada terima juga pelajar berkeperluan khas. Mia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok. "Saya nampak ada dua orang pelajar autistik. Apa menyedihkan bila cikgu dia cakap, mereka ini tiada apa untuk akademik. Hanya datang untuk berkawan saja dengan pelajar normal," katanya. Mia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Jumaat. Kesal mendengar ucapan guru tersebut, Mia menyifatkan kesedaran masyarakat tentang autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) masih rendah. ARTIKEL BERKAITAN: Akibat biar tengok YouTube tanpa limit, anak sulung Mia Ahmad hadapi masalah 'speech delay' - “Saya menyesal, baru tahu dah buat silap” ARTIKEL BERKAITAN: Mia Ahmad selamat bersalin anak ke-4, timang bayi lelaki "Saya terkedu, ya faham dia tidak ada kefahaman tentang autism tapi sedihlah sedikit bila kesedaran tetang autism ini belum meluas lagi sebenarnya," ujarnya. Menerusi hantaran lain, Mia bersyukur melihat perkembangan positif anak sulungnya iaitu Sayf Issa yang mengalami masalah lambat bercakap sejak kehadiran adik-beradik yang lain. "Dahulu selalu risau bila nak tambah adik lagi tak dapat nak focus dekat Issa. Allah tahu yang terbaik, ada adik-adik ini banyak juga membantu dalam kelebihan bersosial Issa," jelasnya. Mia bersyukur melihat perkembangan positif Issa yang mengalami masalah lambat bertutur. Sebelum ini, Mia mendedahkan Issa, 7, mengalami masalah lambat bertutur atau speech delay akibat kealpaannya membiarkan kanak-kanak itu menggunakan gajet tanpa had masa. Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izhan Tarmizi pada 13 Januari 2017. Selain Issa, pasangan itu dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Iriss, 4, Imaani, 1 dan Ibrahim yang berusia lima bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!