PELAKON Sharnaaz Ahmad tidak dapat menahan sabar selepas seorang netizen mengungkit isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isteri iaitu Noor Nabila. Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, secara sarkastik memberi amaran kepada wanita tersebut agar menjaga anak-anaknya supaya tidak mengikut sikap negatif ditunjukkan. “Bila akak ‘gomen’ guna Wifi Starbucks berbicara. Jaga anak tu elok-elok, jangan ikut perangai awak sudahlah,” katanya. Sharnaaz (kiri) dan Nabila (kanan) sama-sama membesarkan Jayden dengan baik. Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Ahad. Dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz turut memaparkan komen ditulis oleh wanita tersebut dalam hantaran foto miliknya di laman sosial tersebut. "Betul ke dulu ada isu nafkah bagi Nabila RM500 sahaja sampai bercerai?," tulis wanita berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz dan Nabila sepakat bab anak, bawa Jebat bercuti 5 hari ke Pulau Pinang ARTIKEL BERKAITAN: Ramai marah komen ‘SPM 700A’ Sharnaaz Ahmad, siapa faham maksud sebenar tak akan melenting Sharnaaz bagaimanapun membalas komen tersebut dan memberitahu dia bersyukur atas rezeki diberikan Allah SWT malah sudah mampu membayar nafkah anak dengan jumlah setimpal. "Tak mengapa, sekarang ini Alhamdulillah rezeki Allah bagi, nafkah aku beri pada anak aku lagi banyak dari gaji makcik itu. Syukur rezeki Allah," ujarnya. Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun. Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada Julai 2020. Ketika itu, selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Nabila memberi alasan mahu bercerai kerana Sharnaaz memberi nafkah zahir tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun lebih daripada mampu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!