suria

Sarah Suhairi tak terbeban galas tanggungjawab sebagai ibu tiri, hidup lebih sibuk sejak berkahwin

Sarah bahagia dengan kehidupan bergelar isteri.

PENYANYI Sarah Suhairi tidak pernah rasa terbeban untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu tiri kepada tiga cahaya mata hasil perkahwinan pertama suaminya iaitu Aswad Anuar.

Sarah, 24, berkata sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dia sudah mempersiapkan diri daripada segi fizikal dan mental untuk menerima kehadiran anak-anak suaminya itu.

Malah, Sarah memberitahu anak-anak tirinya itu tidak tinggal bersama mereka sebaliknya menetap bersama bekas isteri Aswad.

sarah1 - 1

Sarah menerima kehadiran anak-anak tiri dengan hati terbuka.

"Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, saya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal. Saya sedar akan keberadaan ketiga-tiga anak tiri saya nanti.

"Tapi mereka tidak tinggal dengan saya. Anak-anak hanya berada dengan saya kadang-kadang sahaja.

"Kadang suami saya hantar mereka sekolah, balik sekolah pula ibu mereka yang ambil. Cuti hujung minggu anak-anak luang masa bersama kami... Bagi saya cabaran itu ada tetapi saya tidak rasa terbeban. Alhamdulillah semuanya okay," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pensyarah UTM tambat hati Sarah Suhairi, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami duda beranak 3, Sarah Suhairi sedia galas tanggungjawab ibu ‘segera’

Dalam pada itu, Sarah turut berkongsi kehidupannya selepas tiga bulan bergelar isteri.

Menurut Sarah, dia kini lebih sibuk menguruskan hal rumah tangga kerana selama ini hanya bergantung kepada keluarga kerana tidak pernah tinggal berjauhan daripada ibu bapa.

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, saya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal.

SARAH SUHAIRI

PENYANYI

"Kehidupan selepas berkahwin ini saya lihat sibuknya lain macam ya. Selain menjaga anak-anak tiri, saya juga ada enam ekor kucing yang perlu diuruskan.

"Saya tiada pembantu rumah, sayalah yang menguruskan semuanya. Sebelum berkahwin saya tidak pernah duduk jauh dari keluarga, jadi semuanya saya bergantung kepada ibu.

"Sekarang semua kerja-kerja rumah saya lakukan sendiri, kalau dulu saya selalu bergantung dengan keluarga," ujarnya.

sarah2 - 1

Aswad dan Sarah bernikah pada 26 Julai lalu.

Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga dengan Aswad pada 26 Julai lalu dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

Sebelum itu, Aswad yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pernah berkahwin namun bercerai pada 2019.

Hasil perkahwinan itu, Aswad dikurniakan tiga cahaya mata yang kini berusia 14, 10 dan 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain