suria

Along Kamaludin pertahan nyanyian sumbang Fazura, minta rakan artis berhenti kecam -“Dia nyanyi sampai ke Indonesia”

Along berharap rakan artis beri sokongan kepada Fazura berbanding mengkritik nyanyiannya.

PENGARAH Along Kamaludin tampil mempertahan pelakon Nur Fazura selepas hebat dikecam susulan nyanyiannya sumbang menerusi sebuah program di Indonesia.

Walaupun ada dalam kalangan rakan artis memberikan komen negatif, Along atau Shahrom Kamaludin, 58, berkata, sekurang-kurangnya aktres itu diundang untuk menyanyi secara langsung di luar negara.

Malah kata Along, sebaik-baiknya netizen memberi kata-kata positif kepada Fazura daripada menjatuhkan semangatnya.

NP (9)

Along pertahankan nyanyian Fazura.

"Bagi saya hak masing-masing mahu kutuk atau memuji. Tapi kena fikir Fazura tu menyanyi sampai ke Indonesia.

"Artis yang kutuk tu sampai ke nak menyanyi secara langsung di sana? Walaupun orang kata nyanyian Fazura sumbang tapi dia nyanyi sampai ke Indonesia.

"Kita patut beri semangat bukan jatuhkan semangat seseorang, hidup kita ni ada satu masa akan jatuh jadi berhati-hati," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian boleh diperbaiki, Ajai minta Fazura guna peluang dikelilingi individu profesional ‘upgrade’ vokal

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Fazura beri kesan kepada industri muzik, Masdo nasihat siapkan diri sebelum buat persembahan

Dalam pada itu, Along juga meminta netizen di luar sana tidak mengutuk Fazura atas nyanyiannya sebelum ini.

Jelas Along, kemungkinan terdapat kesalahan teknikal yang menyebabkan nyanyian aktres itu sumbang.

"Kepada netizen tak perlulah kutuk Fazura kerana dia mencuba, saya bukan nak bodek dan saya pun tidak dapat apa-apa.

"Tak salah pun mencuba, mungkin ketika itu ada masalah muzik terlampau kuat sampai buat suara dia sumbang ke.

NP (10)

Nyanyian Fazura dikritik netizen serta rakan artis.

"Saya tak setuju bila ada kata dia tak sepatutnya menyanyi dan pergi kelas, siapa pun boleh menyanyi," jelasnya.

Sebelum ini, nyanyian secara langsung Fazura menyampaikan lagu Bertahan Demi Cinta ketika tampil dalam sebuah program di Jakarta, Indonesia menjadi bahan ketawa dan kritikan pelbagai pihak.

Ramai menganggap Fazura tidak boleh menyanyi dan meminta selebriti popular mengekalkan kariernya sebagai pelakon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan