TIDAK hanya menjadi jurulatih dalam program The Chosen One 2024 (TCO24), penyanyi Aepul Roza merancang menghasilkan sebuah lagu duet bersama anak didiknya iaitu Kiki Fateeha. Aepul atau Noor Syaiful Muhd Zalaludin, 36, memberitahu karya baharu itu nanti sebagai hadiah buat anak didiknya itu. "Lagu baharu bersama Kiki sudah hampir siap dan mungkin akan dilancarkan dalam tempoh dua bulan akan datang. Kiki diumumkan sebagai juara TCO24. "Sejak awal pun saya sudah rancang walau apa yang terjadi, saya mahu hasilkan sebuah lagu buat Kiki supaya perjalanan seninya berterusan. "Saya boleh cipta lagu dan ada studio sendiri, jadi ini adalah hadiah buat dia," katanya kepada mStar. Aepul berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat konsert akhir TCO24 yang berlangsung pada malam Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Anak didik Aepul juara ‘The Chosen One 2024’, Awie puji nyanyian Kiki Fateeha sampai ke jiwa ARTIKEL BERKAITAN: Anak Orang Asli juarai ‘The Chosen One’, Amir Sisi penyanyi cilik berbakat besar Kiki, 13, diumumkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 selain trofi dan rakaman lagu baharu bersama syarikat Rocketfeul Entertainment. Manakala Aepul yang bertindak sebagai jurulatih sepanjang lapan minggu pertandingan mendapat hadiah wang tunai RM10,000. Percaya akan bakat pada anak kelahiran Sabah itu, Aepul juga berharap dapat menjadi pembimbing dalam perjalanan kerjaya seni Kiki. Saya mahu ada di sebelah menjadi orang menemani perjalanannya dalam dunia seni. AEPUL ROZA PENYANYI "Saya percaya pada bakat dan kualiti yang ada padanya. Bukan sekadar nyanyian malah kualiti dalam berfikir. "Perjalannya masih panjang dan saya mahu ada di sebelah menjadi orang menemani perjalanan itu. Dia memiliki bunyi tersendiri ketika menyanyi. "Saya juga menemukan kualiti cukup mahal dalam diri Kiki iaitu komitmen dia terhadap nyanyian selain tidak membawa karakter kanak-kanak ketika menyanyi," ujarnya. Kiki konsisten dalam setiap persembahan di pentas TCO24. Sementara itu, Kiki pula tidak menyangka usaha keras selama lapan minggu membuahkan hasil sehingga melayakkan dia bergelar juara. Bercakap tentang wang kemenangan tersebut, dia mahu menjadikannya sebagai simpanan masa hadapan bagi tujuan pendidikan. "Semua peserta berbakat besar dan tak sangka juri memilih saya sebagai juara. Saya mhu simpan duit kemenangan ini untuk masa depan," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!