suria

Difitnah sudah berkahwin dengan Zul Ariffin, Ruhainies mohon netizen tidak tertipu

Ruhainie difitnah sudah berkahwin dengan Zul.

PELAKON Ruhainies menasihati netizen agar tidak terpedaya dengan portal berita yang menyebarkan cerita palsu tentang dirinya.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, dia tidak mahu orang ramai tertipu dengan perkongsian fitnah dibuat semata-mata untuk melariskan jualan di platform media sosial.

"Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biar mereka-mereka yang tak bertanggungjawab ini gula-gulakan korang okay.

ru1 - 1

Ruhanies meminta netizen untuk lebih berhati-hati.

"Saya tahu korang lebih bijak. Terlalu banyak tajuk palsu dibuat, tekan-tekan link Shopee. Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya.

"Saya tak marah tau, cuma saya rasa lucu dan terhibur. Terima kasih," katanya.

Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada guna melenting sebab dikecam, Ruhainies semakin matang berdepan ujian

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies tak kena boikot, pilih perlahankan karier lakonan... Mahu kembara keliling dunia

Pelakon drama Terjerat itu terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh portal berita tersebut.

Ruhainies memaparkan tangkap layar kenyataan tersebut yang menulis bahawa dia dan pelakon Zul Ariffin sudah bernikah.

Tidak terus melenting dengan hal itu, Ruhainies malah memberikan jawapan sarkastik memberitahu dia juga belum tahu tentang berita pernikahan itu.

"Amboi macam mana awak (portal) awak tahu ni? Saya pun tak tahu. Terima kasih untuk info," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain