MENGANGGAP anak-anak sebagai sahabat merupakan salah satu kesilapan yang dilakukan oleh pelakon Nourul Wahab sebagai seorang ibu. Dalam hal ini, Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 47, berkata ibu dan bapa sepatutnya mendidik anak dengan tegas supaya mereka tidak melampaui batas. "Kesilapan saya, saya buat anak saya sebagai kawan. Saya tiada batas dengan dia, silap saya. Nourul berkongsi perkara itu menerusi sesi ceramah yang dimuat naik di Instagram. "Kamu nak buat anak sebagai kawan, boleh tetapi tetapkan batas bahawa kita ini ibu bapa mereka. "Kalau kita tak buat begitu, tak ingatkan mereka tentang batas. Mereka akan terlupa," katanya. Nourul berkongsi perkara itu menerusi rakaman video sesi ceramah Fire Talk by Nourul yang dimuat naik di Instagram. Dalam sesi tersebut, Nourul menitipkan pesanan agar ibu bapa mempertimbangkan apa jua keputusan yang diambil berhubung anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Perselisihan faham Nourul dan anak tiada kena mengena dengan Maria Farida ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis tiba-tiba berubah sikap, Nourul Wahab mengaku wujud selisih faham... “Ya saya kecil hati” Ini kerana, setiap keputusan yang bakal dilakukan oleh ibu bapa perlu mengambil kira perasaan dan kemahuan anak-anak mereka. "Salah satu keputusan saya tapi ia yang paling memberi kesan mendalam adalah kepada anak saya. "Saya tahu dia mencari cinta dan kepastian. Dia mencari kebahagiaan dia sendiri. Saya rasa sebagai ibu bapa kita dah bagi segalanya," ujarnya. Sebelum ini, Nourul mendedahkan wujud perselisihan faham dengan anak perempuannya, Ayu Nazirah namun hubungan tersebut kini kembali jernih. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!