NAMA pelakon Ruhainies sekali lagi menjadi sebutan selepas timbul berita palsu mengenai status dirinya. Terbaharu, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dituduh sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Azrel Ismail. Tidak memandang serius hal berkenaan, Ruhainies menganggap berita palsu yang tersebar itu sebagai gurauan semata-mata. Ruhainies dan Azrel sempat bergurau tentang fitnah dilemparkan terhadap mereka. "Gurauan hari ini! Suka ya gula-gulakan netizen. "Entahlah, saya dah penat tapi layankan sahaja," katanya. Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory pada Selasa. Dalam hantaran itu, Ruhanies turut menunjukkan tangkap layar perbualannya bersama Azrel berborak mengenai dakwaan palsu itu. ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah sudah berkahwin dengan Zul Ariffin, Ruhainies mohon netizen tidak tertipu ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada guna melenting sebab dikecam, Ruhainies semakin matang berdepan ujian Malah kedua-duanya sempat bergurau senda tentang tohmahan yang dilemparkan. Pada Ahad lalu, sebuah blog hiburan mendakwa Ruhainies sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zul Ariffin. Aktres itu kemudian menasihati netizen agar tidak terpedaya dengan berita tersebut kerana perkongsian itu untuk melariskan jualan di platform media sosial semata-mata. Pada tahun 2017, Ruhainies dan Azrel pernah digosipkan bercinta, namun aktres ini menafikan perkara itu dan memberitahu hubungan mereka sekadar sahabat baik sahaja. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!