SELEPAS sah bercerai dengan Fattah Amin, pelakon Fazura mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia. Bukan mahu bersikap riyak, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata dia hanya sekadar berkongsi situasi sedang dilalui dan bersyukur mampu berdepan segala ujian itu dengan baik. "Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riyak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang. "Saya bersyukur kepada Allah,” katanya kepada mStar. Fazura berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor selepas selesai urusan hak hadanah pada Selasa. Dalam pada itu, aktres ini berkata dia tidak ambil pusing sebarang kecaman yang dilontarkan kepadanya lebih-lebih lagi menerusi media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘live’ Fazura kena kecam, Abby Abadi pula kata okay! ARTIKEL BERKAITAN: Fazura buat kemunculan pertama sejak ‘7 Oktober’ di Indonesia, kongsi perasaan selepas bercerai - “Tiada penyesalan” Malah, Fazura memilih untuk menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. "Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserah kepada Allah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah,” ujarnya. Fazura sebelum ini menerima pelbagai kecaman selepas mendedahkan punca perceraiannya bersama Fattah Amin pada 7 Oktober lalu. Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. FAZURA PELAKON Ada yang berpendapat perkara tersebut adalah sebagai satu aib yang perlu dijaga dan tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Sementara itu, ditanya mengenai karier seninya di Indonesia, Fazura memaklumkan temu bual bersama program televisyen di negara itu sudah dirancang lama. "Itu sebenarnya sudah lama dirancangkan, jadi saya ikut sahaja urusan kerja yang sudah ditetapkan. Dekat mana-mana pun, saya bersyukur atas rezeki yang Allah bagi. Fazura tidak ambil pusing kata-kata kecaman netizen. "Rancangan saya selepas ini hanya mahu menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin," ujarnya. Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sah bercerai pada 7 Oktober lepas. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube