SELEPAS hampir empat tahun berdepan cacian dan tohmahan orang ramai, Ali Puteh meluahkan rasa syukur apabila bakatnya sebagai pelawak masih lagi diterima baik. Disebabkan itu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, enggan lagi menoleh ke belakang sebaliknya fokus pada kegembiraan dirasai ketika ini selepas melalui pelbagai episod sedih dalam karier dan peribadi. Malah pelawak ini berterima kasih kepada isteri, Melati Fitri Abdullah yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua situasi. Ali tak lupa hargai setiap pengorbanan isteri. "Kini kembali dengan niat yang satu untuk menghiburkan semua. Terima kasih buat isteri yang sentiasa ada di saat aku jatuh difitnah dan di caci sang duniawi. "Kini tiba masanya kita nikmati senyuman dan tawa yang hilang sekian lama," tulisnya. Ali berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan moment bahagia bersama isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh kembali beraksi di pentas MLS4, lega tiada lagi kecaman... Bisnes sambal petai berjalan seperti biasa ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jual barangan peribadi, Ali Puteh berjaya kumpul RM75,000 Menerusi video tersebut, Ali dilihat berulang kali mencium dahi dan memeluk isterinya sebelum menyerahkan pingat Gempak Superstar of The Week kepadanya. Kegembiraan yang dikongsikan itu selepas Ali bersama dua lagi anggota Putehh iaitu Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin berjaya ke pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 pada 16 November ini. Menurut Ali, dia percaya setiap ujian yang dilalui pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Ali bersama Aya (tengah) dan Man (kanan) bersama pingat Gempak Superstar of The Week. "Setiap ujian pasti ada hikmahnya, setiap tangisan pasti ada manisnya dan setiap kesedihan pasti ada penghujungnya. "Selepas hujan pasti ada pelanginya. Alhamdulillah syukur dengan segala ujian dari Yang Maha Esa. Terima kasih buat semua sentiasa mendoakan saya dan keluarga," kongsinya. Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kegembiraan pasangan tersebut sehingga ada meluahkan rasa sebak melihat layanan Ali terhadap isteri. "Bila hutang sudah dilunaskan rezeki pasti datang tak putus-putus. Netizen tumpang gembira lihat kerjayaan Ali. "Susah nak dapat isteri setia macam itu, jual harta benda sendiri untuk bantu suami. "Kesilapan mengajar Ali, semoga maju jaya!," antara komen netizen. Untuk rekod, Ali tidak aktif selama dua tahun di pentas komedi selepas berdepan dengan kontroversi melibatkan kakak iparnya yang juga balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!