STESEN radio Suria FM berjaya mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 292,000 menerusi keputusan terkini kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2024. Angkat tersebut meningkat 10 peratus berbading kajian terdahulu dan secara keseluruhan Suria FM telah menarik lebih 3.3 juta pendengar dalam tempoh seminggu. Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin memberitahu angka tersebut juga menjadi bukti sokongan berterusan pendengar. DJ Lin terharu dengan sokongan pendengar. "Kami amat gembira dengan keputusan kaji selidik menunjukkan Suria FM terus menjadi pilihan utama pendengar radio di Malaysia. "Pencapaian ini adalah hasil komitmen padu dan kerja keras pasukan Suria memberikan yang terbaik untuk para pendengar. ARTIKEL BERKAITAN: Kekal jadi pilihan, Suria FM catat 3.2 juta pendengar mingguan ARTIKEL BERKAITAN: ‘30 Hari Mencari Cinta Ilahi’ dapat pengiktirafan ASA2024, Suria FM komited hasil lebih banyak program bermanfaat "Kami komited untuk terus memperkukuhkan jenama Suria agar kekal relevan dan menjadi pilihan pendengar di Malaysia sekaligus terus berusaha menghasilkan kandungan yang menarik dan dekat di hati pendengar," ujarnya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Selasa. Lebih membanggakan lagi segmen Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin sendiri mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan tertinggi iaitu sebanyak 341,000 pendengar (33%) diikuti dengan segmen Gaya Suria dan Muzik Top Suira dengan peningkatakan sebanyak 23 peratus. Segmen kendalian Cik Piah antara yang mencatatkan peningkatan tinggi. Suria Cinta turut mencatatkan peningkatan pendengar eksklusif antara stesen radio berbahasa melayu yang ketara sebanyak 184,000 pendengar (32%). Dalam masa sama segmen ini juga turut meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) selama 3 jam 11 minit dalam kalangan segmen utama di Suria. Secara keseluruhan setiap segmen di stesen ini mencatatkan peningkatan dalam jumlah pendengar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!