suria

Ahmad Idham tegur pelakon baharu, jika kena buli mengadu kepada pengarah bukan media

Idham bimbang wujud persepsi negatif terhadap pelakon senior.

BIMBANG isu buli yang didakwa berlaku dalam industri seni, pelakon dan pengarah Dr Ahmad Idham tampil menasihati pendatang baharu yang menjadi mangsa insiden berkenaan.

Dalam hal ini, Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 50, berkata mangsa perlu berkongsi kejadian di set penggambaran kepada pengarah dan bukannya melalui media.

Ini kerana pengarah merupakan ketua di lokasi penggambaran dan perlu mengetahui sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir.

idham 1

Nasihat Idham kepada pendatang baharu.

"Kepada awak semua yang masuk industri tanpa ilmu ini. Saya nak maklumlah ya.

"Pengarah adalah ketua kapal di set penggambaran, sekiranya ada insiden buli oleh pelakon senior seperti dikatakan oleh mamat seorang ini.

"Awak semua boleh saja maklum pada pengarah bukannya kepada pihak media," tulisnya.

Idham berkongsi perkara itu menerusi Instastory pada petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham minta produksi hormat artis veteran soal bayaran, jangan dah meninggal dunia baru nak beri anugerah

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham tegur pelakon baharu hanya harap rupa, tapi tiada ilmu... Sikap pengurus pula buat artis naik ‘lemak’

Bagaimanapun dia tidak menyatakan kepada siapakah hantaran itu ditujukan.

Dalam pada itu, dia berharap agar isu berkenaan tidak diuar-uarkan kepada orang ramai sehingga mendatangkan pandangan buruk terhadap pelakon senior.

"Nak dapat publisiti pun jangan sampai wujudkan persepsi negatif ya Mat," jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan wujud budaya buli di antara pelakon senior dan junior.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain