PELAKON dan personaliti media sosial, Syifa Melvin tidak bersetuju dengan tindakan segelintir isteri yang gemar memeriksa telefon bimbit suami mereka. Akui rimas dengan tindakan dilakukan isteri itu, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, berpendapat sikap sedemikian boleh merosakkan hubungan pasangan berkenaan. "Boleh tak jangan biasakan periksa telefon bimbit suami? Syifa berkongsi perkara itu di Instastory. "Saya rimas sungguh, kahwin atau belum kahwin anda ingat perkara tu sihat ke? "Tak perlu periksa, kalau dia buat benda tak elok banyak cara lain lagi Allah akan tunjuk," katanya Syifa berkongsi perkara itu menerusi sesi soal jawab di Instastory pada petang Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup berubah selepas jadi ibu, Syifa Melvin pernah menangis stres urus anak ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin tak pernah kenal pemain bola sepak, tapi sudah tertulis jodoh dengan Safawi Rashid Dalam pada itu, Syifa berkata tindakan dilakukan itu juga boleh membuatkan suami hilang kepercayaan kepada isteri mereka. Malah paling teruk jika suami tertekan, mereka mungkin akan melakukan perkara tidak baik secara sembunyi. "Lagi anda periksa, lagi suami akan rasa isteri tak percaya dia. "Kemudian dia tertekan buat pula benda tak baik belakang anda. Syifa tidak suka periksa telefon bimbit suami. "Punca sebab sentiasa curiga pada suami sahaja, jangan cari penyakit... Jaga mental tapi bukan dengan cara macam itu," jelasnya. Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kebangsaan iaitu Safawi Rashid pada 28 November 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman yang kini berusia setahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!