SEPANJANG setahun bekerja, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli mendedahkan dia hanya pernah memarahi pembantu rumah sekali sahaja. Cerita Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 30, dia terpaksa menegur pembantu warga Indonesia itu kerana terlalu leka menggunakan telefon bimbit semasa sedang bertugas. "Saya pernah marah Mina (pembantu rumah) cuma sekali sahaja sepanjang setahun alasannya dia asyik dengan telefon. Tidaklah terlalu marah, saya cuma tanya masalah dia. Iqbal berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Lalu terus mengalir air mata dia. Rupa-rupanya ibu dia sedang tenat. Sekarang ibunya baru sahaja meninggal dunia," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa Dalam pada itu, Iqbal memberitahu dia sangat menitik beratkan mengenai waktu berkerja kerana enggan wanita itu dibebani dengan tugasan melampau. Malah, dia enggan mengatur kehidupan sesiapa asalkan pekerja itu amanah menjalankan tanggungjawab mereka. "Pukul 10 malam Mina akan rehat, dan saya tidak pernah sesekali minta tolong dia selepas waktu itu. ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal akan layan pembantu rumah macam keluarga, sediakan baju ‘branded‘ dan gaji sampai RM5,000! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cepat jatuh hati, Iqbal tak mahu ambil pembantu rumah muda... Cari ‘maid’ umur 40 tahun "Saya tidak suka aturkan hidup orang, apatah lagi sikap peribadi. Jika orang itu datangnya sudah baik, maka ia baik. Wang boleh dicari, kejujuran tidak boleh dibeli," ujarnya. Pun begitu, Iqbal berkata dia tetap tegas dan tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan pecah amanah serta tidak jujur. "Andai ada yang mencuri, tidak amanah, maka saya buang, kerana rumah ini bukan pusat pemulihan akhlak, ia adalah keluarga. "Saya tidak buat laporan dan langsung tidak bertanya. Jauh sekali cuba viralkan. Tetapi sehelai rambut pun saya tidak mahu lihat lagi," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!