SELEPAS memilih merahsiakan usia kandungan, personaliti media sosial Maryam You Narae akhirnya mendedahkan dia kini sedang hamil tujuh bulan. Menurut Maryam, 31, dia merahsiakan kehamilan keduanya itu kerana pernah mengalami keguguran sebelum ini. "Sekarang ini sebenarnya sudah tujuh bulan... saya dijangka bersalin Februari nanti. Mungkin ulang tahun saya dan anak kedua ini akan sama. Maryam lebih berhati-hati dengann kehamilan kedua. "Saya pernah keguguran buat saya takut nak beritahu awal-awal jadi kami pilih rahsiakan dahulu. "Kali ini pun awal kehamilan ada pendarahan, itu yang buat saya lebih berhati-hati. Bila doktor kata semuanya sihat baru saya kongsi kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi mStar. Pada 2 November lalu, Maryam bersama suaminya Ryzal Ibrahim berkongsi khabar gembira apabila mereka bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi. Berkongsi mengenali kehamilan kali ini, Maryam berkata keadaan gula dalam darahnya agak membimbangkan sehingga membuatkan dia terpaksa mengawal pemakanannya. ARTIKEL BERKAITAN: Maryam hamil anak kedua, Ryzal Ibrahim menari dapat berita gembira ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sibuk kerja punca Maryam keguguran, belum ada rezeki timang anak kedua "Doktor kata gula dalam darah saya agak tinggi berbanding sebelum ini. Saya tak ada masalah itu semasa hamilkan Rina. "Jadi sekarang hari-hari saya periksa keadaan gula dalam darah sendiri dan jaga pemakanan saya," ujarnya. Sementara itu, Maryam berkata untuk kehamilannya kali ini dia tidak mengalami alahan teruk namun lebih menyukai makanan kegemaran suaminya. "Hamil kali ini alahan saya tidak teruk dalam tiga bulan sudah hilang. Cuma masa awal hamil saya suka makan nasi kandar dan nasi kukus... Sebelum ini saya tak suka kuah kari. Rina tak ada simpan rasa cemburu tapi dia bersedia jadi kakak. MARYAM YOU NARAE PERSONALITI MEDIA SOSIAL "Itu semua makanan kesukaan Ryzal tapi bila mengandung tiba-tiba sahaja nak makan," kongsinya lagi. Dalam pada itu, Maryam memberitahu anak sulungnya iaitu Rina teruja menanti kelahiran adiknya. Malah, Rina seakan-akan sudah bersedia menjadi kakak yang baik dengan gayanya tersendiri. "Rina tak ada simpan rasa cemburu tapi dia bersedia jadi kakak. Bila main dengan anak patung dia bagi minum susu dan larang benda yang bahaya," jelasnya. Maryam kongsi keterujaan Rina. Pada Ogos tahun lalu, Maryam mendedahkan dia mengalami keguguran dan sukar melupakan perkara berkenaan. Untuk rekod, Maryam yang juga berasal dari Korea Selatan mendirikan rumah tangga dengan Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim pada 15 Ogos 2019. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina yang kini berusia tiga tahun.