suria

Berat terima pemergian bapa, Danial Chuer sedia galas tanggungjawab jaga ibu... Hasrat arwah minta belajar sampai PhD

Danial menyifatkan pemergian bapa sebagai kehilangan tulang belakang dalam hidupnya.

PENYANYI Danial Chuer berkongsi khabar duka pemergian bapa tercinta iaitu Chuer Niang atau Samsudin Niang akibat penyakit autoimun yang menyebabkan kelemahan otot pada pagi Isnin lalu.

Danial atau Danial Chuer Hamasiah @ Samsudin, 23, berkata Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah selepas menerima rawatan sejak Jun lalu.

"Ayah saya meninggal pagi Isnin. Ayah disahkan menghidap penyakit Autoimmune Myopathies yang menyebabkan otot dia semakin lemah," katanya ketiika dihubungi mStar.

Copy of Untitled (7)

Danial berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Jenazah selamat dikembumikan di tanah perkuburan berdekatan kediamannya di Pasir Putih, Tawau pada Isnin.

Sukar menerima kenyataan itu, Danial menyifatkan pemergian itu sebagai satu kehilangan besar kerana arwah bapa menjadi kekuatannya dalam bidang muzik.

"Saya menghabiskan sepanjang hari cuba memproses perasaan saya. Sekarang saya faham mengapa itu sangat menyakitkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pemalas tiada lagu baharu sejak Big Stage, Daniel Chuer tawar hati dengan syarikat pengurusan

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Danial Chuer nak tukar cara menyanyi? Katanya kena tegur sebab terlalu teknikal sampai tak ‘feel’

"Saya kehilangan rakan muzik saya, orang yang menunjukkan dunia kepada saya dan mengajar saya lebih daripada yang pernah saya minta," jelasnya.

Dalam pada itu, Danial turut meluahkan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) demi menunaikan impian bapanya.

Malah, Danial memberitahu dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab menjaga ibunya memandangkan dia satu-satunya anak yang masih belum berkahwin.

Copy of Untitled (8)

Danial berjanji dengan bapanya untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat PhD.

"Saya janji dengan arwah untuk melanjutkan pengajian sehingga PhD, keinginan itu ayah sudah suarakan sejak saya sekolah lagi.

"Menjadi anak bongsu dalam keluarga dan satu-satunya yang belum berkahwin saya dah janji kepada ayah untuk jaga ibu saya. Saya tak mahu ibu rasa keseorangan selepas pemergian ayah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain