suria

Arwah adik Alisa sentiasa dalam ingatan Elly Mazlein... “Terlalu sekejap tapi sayang seperti seribu tahun”

Elly meluahkan perasaan rindunya terhadap Allahyarham Alisa.

KERINDUAN pengacara Elly Mazlein terhadap adik Alisa Umairah masih menebal meskipun sudah lima hari pemergian kanak-kanak itu.

Menerusi Instastory, Elly atau Sharifah Aida Mazlina, 43, memberitahu perasaan sayangnya kepada arwah terasa seperti sudah lama mereka mengenali.

"Terlalu sekejap, tetapi sayang seperti seribu tahun," tulisnya.

Untitled design (3)

Elly berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory.

Dalam pada itu, Elly turut berdoa agar roh Allahyarham berada di tempat lebih baik di sisi Allah SWT.

Malah Elly berjanji untuk bertemu keluarga Alisa dan mengakui arwah akan sentiasa hidup dalam ingatan buat selama-lamanya.

"Sayang mama (Elly) Alisa sudah berada di tempat yang lebih baik. Al-Fatihah untuk kamu nak.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap malam nak duduk dalam peti sejuk... Bayi hidap kanser mata tahap 4 ini kepanasan kesan kimoterapi

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein kongsi rezeki, mahu bantu Kieran tunai hajat ke Tanah Suci

"Nanti mama Lina datang berjumpa keluarga Alisa dan melawat sayang mama Alisa.

"Sayang Alisa sentiasa dalam ingatan mama wahai anakku," katanya.

Sebelum ini, adik Alisa yang menghidap penyakit kanser mata tahap empat disahkan meninggalkan dunia pada 13 November lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain