suria

Nadhir tegur bakat baharu muhasabah diri, jangan buat masalah... “Sebab kau, pelakon senior stereotaip” 

Nadhir menasihati pendatang baharu agar berlapang dada menerima teguran daripada pelakon senior.

AKTOR Nadhir Nasar kesal apabila isu buli di set pengambaran yang didakwa seorang pendatang baharu mengundang tanggapan buruk dalam kalangan pelakon senior.

Kata Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, dia percaya perkara berkenaan mungkin berlaku disebabkan sikap artis itu sendiri yang bermasalah.

"Sebab kau, pelakon senior stereotaip terhadap pelakon baru. Great.

Copy of Untitled (1)

Nadhir berkongsi perkara itu menerusi ciapan di laman X.

"Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau," katanya menerusi ciapan di laman X.

Dalam pada itu, Nadhir mengingatkan pendatang baharu agar fokus memperbaiki diri berbanding bercerita masalah kepada umum.

Baginya, mereka sepatutnya berlapang dada dan tidak cepat melenting apabila ditegur artis senior.

ARTIKEL BERKAITAN: Campak skrip dan kena tengking bukan buli, Rita Rudaini kata pelakon baharu manja sungguh

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah pernah rasa takut tegur pelakon senior, isu buli tak berlaku tanpa sebab

"Tak perlu semua benda nak cerita. Reflect diri tu balik.

"Jalan depan orang lama, tunduk. Dimarahi orang lama, duduk. Menegakkan benang yang basah itu buruk," ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan segelintir pelakon baharu mengakui dirinya pernah menjadi mangsa buli di set pengambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain