suria

Izreen Azminda imbau kejadian kena pukau, tak sedar seluar dah jadi skirt... Tahan malu nampak bulu kaki

Izreen kongsi pengalaman kena pukau, serah seluar dan beg tangan pada si pemukau.

PELAKON Izreen Azminda berkongsi pengalaman dia menjadi mangsa pukau individu tidak dikenali semasa mengunjungi sebuah pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur.

Cerita Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 39, sebelum kejadian itu seluarnya dicalit sesuatu dan dia mula hilang pertimbangan sehingga mengikut segala arahan diberikan.

Insiden berkenaan menyebabkan dia menyerahkan seluar dipakai termasuklah beg tangan kepada wanita dipercayai berbangsa India.

NP (24)

Izreen pernah dipukau ketika berada di pusat beli belah.

"Masa itu di tandas sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, ada orang datang calit gincu dekat seluar saya.

"Dia kata dia boleh tolong cuci dan saya buka seluar beri pada dia dan kemudian dia bagi skirt dia pada saya.

"Bukan setakat seluar tapi sekali dengan beg tangan saya beri pada perempuan India itu," katanya.

Izreen berkongsi pengalaman itu menerusi hantaran di Instastory pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda selamat bersalin bayi lelaki, pilih nama Andika Yusuf

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda kongsi berita gembira, sedang hamil anak keempat

Berlaku ketika dia masih lagi bergelar pelajar, Izreen berkata dia mengalami kerugian wang ringgit dan kehilangan beberapa dokumen peribadi lain.

Malah, dia masih ingat keadaannya ketika itu berjalan kaki dengan memakai skirt sehingga menampakkan bahagian kaki.

"Penyudahnya saya hilang beg tangan yang berisi duit, kad bank, kad pengenalan dan kad lesen memandu.

NP (26)

Izreen kalau boleh tidak mahu ingat insiden kena pukau dahulu.

"Masa kena pukau saya masih belum bertudung dan jalan-jalan di pusat beli belah itu dengan memakai skirt wanita tersebut dengan bulu kaki tak bercukur lagi.

"Mujur saya jumpa kawan saya yang memang tunggu dia sebelum kejadian itu berlaku, lepas itu kawan tegur kenapa pakai skirt macam itu sampai nampak bulu kaki.

"Akhirnya barulah saya tersedar daripada dipukau. Tak lalu nak ingat balik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain