MENYEDARI isu buli membabitkan bakat baharu di set penggambaran sedang hangat diperkatakan, pelakon Hariz Hamdan bagaimanapun bersyukur tidak pernah berdepan situasi berkenaan. Menurut Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, sejak awal dia menjaga sikap dan menerima segala teguran yang diberikan oleh pelakon senior dengan hati terbuka. “Alhamdulillah saya tak pernah dibuli di set penggambaran, mungkin sebab saya terapkan dalam diri hanya mahu bekerja sebagai pelakon. Hariz sedia terima teguran dari pelakon senior. “Bila berlakon semuanya tentang kerjasama bukan individu semata-mata... Bila berjumpa pelakon senior saya akan jaga sikap dan terima nasihat mereka. “Sebab pelakon senior ini tidak kedekut ilmu, setakat ini saya tiada pengalaman buruk berkerja dengan mereka,” katanya kepada mStar. Hariz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Who’s Your Bro di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Hariz berkata dia bersikap terbuka dan tidak malu meminta nasihat setiap kali bertemu dengan pelakon lebih berpengalaman. ARTIKEL BERKAITAN: Sekarang masa cari duit, Hariz Hamdan tak terfikir nak bercinta di usia muda ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan selesa buat hal sendiri di set penggambaran, tak gemar ambil tahu hal orang “Saya pernah berlakon dengan Datuk Rosyam Nor dan saya rasa masih mentah nak dibandingkan dengan pengalaman dia. “Jadi bila saya jumpa orang sebegitu adalah penting untuk saya timba ilmu daripada mereka yang lebih senior, bagi saya itu adat dalam industri kita,” jelasnya. Berkongsi pendapatnya mengenai buli, Hariz berkata jika tindakan itu bertujuan untuk meningkatkan motivasi seseorang, ia tidak sepatutnya menjadi isu. Namun ia bukanlah dengan melontarkan kata-kata sehingga menghina seseorang. Buli yang bagus untuk beri tingkatkan motivas. HARIZ HAMDAN PELAKON “Lihat buli dari segi apa, jika melibatkan fizikal seperti menghina anggota badan seseorang itu saya rasa ianya tidak patut. “Kalau berlakon kurang bagus kemudian ada orang tegur, itu saya rasa buli yang bagus untuk beri tingkatkan motivasi,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Hariz merupakan salah seorang pengulas bagi program rancangan realiti Who’s Your Bro bersama Siti Khadijah Halim, Dr. Say Shazril dan Mat Redho. Hariz bersama peserta rancangan realiti Who’s Your Bro. Menampilkan 12 bro atau lelaki yang bakal melalui ujian dan tugasan secara duo. Setiap pasangan diuji melalui cabaran fizikal dan mental yang menguji daya tahan, kecerdasan dan kerjasama mereka bagi merebut wang kemenangan berjumlah RM30,000. Program tersebut akan menemui penonton di saluran Astro Ria bermula 29 November depan pukul 9 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!