suria

Tom pilih tutup kes, makcik ‘TikTok’ mohon maaf tinggalkan komen menyakitkan hati

Tom enggan panjangkan lagi isu komen negatif.

SEORANG wanita tampil membuat permohonan maaf kepada Tom selepas penyanyi itu mahu membuat laporan polis berhubung komen negatif yang dibuatnya menerusi laman sosial TikTok.

Individu yang tidak didedahkan namanya itu berkata dia menyedari kesilapan yang dilakukan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tahu silap saya. Saya janji tak akan masuk dalam TikTok awak. Saya tak ada masalah pun dengan awak dulu.

tom 2

Wanita komen negatif di media sosial Tom akhirnya mohon maaf.

"Suka saja masa awak di GV (Gegar Vaganza) mungkin gatal tangan tengok orang komen... gatal nak komen akhirnya makan diri. Maafkan saya yang salah," katanya.

Wanita berkenaan membuat permohonan maaf itu menerusi hantaran mesej secara peribadi kepada Tom.

Menyedari wajahnya tular ketika ini, wanita berkenaan turut meminta agar Tom memadam fotonya dari media sosial.

Dia juga berjanji akan lebih berhati-hati meninggalkan komen selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom hilang sabar baca komen ‘makcik’ TikTok, bagi masa 24 jam sebelum buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam liar tapi Tom sama seperti isteri lain buat kerja rumah, jaga suami... “Pandai-pandai netizen cop saya”

"Sepatutnya tua-tua ini saya sedar diri jangan komen menyakiti hati orang.

"Saya menyesal harap awak boleh maafkan saya. Boleh awak padam gambar saya? Saya janji tak buat lagi," ujarnya.

Sementara itu, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, memberitahu dia menerima permohonan maaf dibuat wanita tersebut.

Malah dia juga berharap wanita berkenaan tidak lagi menganggunya dan mengulangi kesilapan sama.

tom3

Tom harap kejadian sama tak berulang lagi.

"Okay tutup kes," katanya ringkas.

Sebelum ini, Tom meluahkan rasa bengang apabila ada individu pihak tidak senang dengan kebahagiaan keluarganya dengan melemparkan kata-kata berbaur jahat kepadanya di media sosial.

Enggan berdiam diri, Tom memberi tempoh 24 jam kepada pemilik akaun berkenaan membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain