suria

Muncul dalam video bersama Aliff Syukri, netizen risau Ina Naim hanyut dengan dunia glamour - “Janganlah ajar dia benda pelik-pelik”

Ina dipercayai menjadi model baharu untuk produk jenama Aliff (kanan).

KEMUNCULAN Ina Naim menjadi model produk jenama usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengundang rasa kurang senang apabila ramai bimbang penyanyi itu akan hanyut dengan dunia glamour.

Ramai risau Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, akan mula berubah apabila bergelar model dan mahu dia kekal dengan imej sopan santun seperti mana sebelum ini.

"Alahai kenapa dah macam ini? Tak naklah Ina. Kekal seperti dulu penuh sopan santun.

"Sikit-sikit bolehlah. Jangan lari jauh sangat daripada landasan. Kekalkan Ina yang sopan dan manis," antara komen netizen.

Netizen berharap Ina (tengah) tidak berubah selepas menjadi model Aliff (kanan).

Netizen berharap Ina (tengah) tidak berubah selepas menjadi model Aliff (kanan).

Warga maya meluahkan perkara itu selepas Ina memuat naik video memaparkan dia sedang duduk di atas sebuah kerusi ditemani suami iaitu Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor yang sedang ketawa melihat telatah Aliff sedang menari.

Dalam perkongsian tersebut, Ina turut memberi gambaran kepada pengikutnya untuk mengikuti perkembangan terkini di dan suami di TikTok milik Aliff.

"Nantikan kak Ina (panggilan Ina) dan abang Khairul (suami) di TikTok @papalarisofficial," katanya.

Dalam pada itu, netizen turut memberi amaran kepada Aliff agar tidak merosakkan Ina dengan melakukan perkara melangkaui batas demi melariskan produk.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami datang lamar Ina Naim bawa ‘resume’, banyak persamaan dengan arwah Suhaimi Saad

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali ‘live’ bersama di TikTok dapat 2 juta likes, gelagat Ina Naim dan suami buat penonton terhibur

"Janganlah ajar dia benda pelik-pelik. Kenapalah terlibat dengan Aliff tu.

"Harap Ina tak terlibat dengan Aliff ni, dah jadi lain ni.

"Datuk Aliff jangan rosakkan Ina kami ya, awas!," tulis netizen.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang menyokong dan terbuka dengan tindakan Ina kerana menyifatkan wanita itu berhak untuk meneruskan kehidupannya dengan gembira.

"Ina sopan elok sahaja tu, Alhamdulillah dia mencari rezeki. Semoga dipermudahkan urusan.

"Biarlah janji dia (Ina) gembira. Kehidupan dengan suami dulu dan suami sekarang tidak sama. Kita tidak boleh samakan dengan dulu," ujar netizen.

Ina dan Khairul bernikah pada 8 November lalu.

Ina dan Khairul bernikah pada 8 November lalu.

Untuk rekod, Ina sebelum ini pernah bernikah dengan anggota kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad pada 12 Oktober 2007.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Suhaimi bagaimanapun meninggal dunia pada 15 November 2023 selepas berdepan pelbagai masalah kesihatan sehingga menyebabkan organ dalamannya tidak berfungsi.

Ina kemudiannya bertemu jodoh dengan Khairul yang juga seorang jurutera pada 8 November lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain